Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Bas sekolah tiada tali pinggang keledar
Gambar: Freepik
Tiada Kategori

Rupanya Ini Sebab Kebanyakan Bas Sekolah Tiada Tali Pinggang Keledar

Hannah

Rupanya Ini Sebab Kebanyakan Bas Sekolah Tiada Tali Pinggang Keledar

Bila bercakap tentang keselamatan di jalan raya, tali pinggang keledar adalah salah satu ciri wajib untuk melindungi nyawa penumpang.

Namun, pernahkah anda perasan bahawa bas sekolah, yang membawa kanak-kanak sebagai muatan, selalunya tidak dilengkapi dengan tali pinggang keledar?

Bagi ibu bapa, ini mungkin menimbulkan tanda tanya. Kalau di dalam kereta, kita diwajibkan memakai tali pinggang keledar, mengapa peraturan ini tidak terpakai bagi bas sekolah?

BACA: Terlupa Tutup Enjin Kereta Masa Isi Minyak, Ini Yang Korang Kena Tahu

Salah satu sebab utama bas sekolah tidak memerlukan tali pinggang keledar adalah kerana ia direka menggunakan konsep ‘compartmentalization’.

Ini bermaksud tempat duduk dalam bas sekolah dibina dengan jarak yang rapat, bersandar tinggi dan dilapisi bahan penyerap tenaga.

Tempat duduk ini diatur untuk melindungi penumpang sekiranya berlaku pelanggaran dengan ‘menyerap’ hentakan dan mengurangkan risiko kecederaan.

Bayangkan seperti telur di dalam bekas karton. Telur-telur itu dilindungi oleh sekatan di sekelilingnya, begitu juga kanak-kanak dalam bas sekolah.

Konsep ini menjadikan penumpang lebih selamat walaupun tanpa tali pinggang keledar.

Namun, meski konsep ‘compartmentalization’ ini terbukti berkesan, kajian oleh National Transportation Safety Board (NTSB) menunjukkan bahawa tali pinggang keledar jenis bahu dan pangku boleh mengurangkan risiko kecederaan serius dalam kemalangan.

BACA: Ini Sebab Sebenar Kenapa Ada Cermin Dalam Lif

Tidak hanya itu, bas sekolah sebenarnya memang direka dengan ciri-ciri keselamatan tambahan, yang tidak mewajibkannya dalam pemasangan tali pinggang keledar.

Menurut National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), bas sekolah adalah antara kenderaan yang paling dikawal selia dari segi keselamatan.

Beberapa ciri keselamatan tambahan termasuklah:

1. Standard ketahanan impak tinggi – Struktur bas direka untuk menahan pelanggaran. 2. Ciri perlindungan daripada terbalik – Melindungi penumpang daripada kecederaan serius dalam kemalangan. 3. Tempat duduk kukuh – Tempat duduk dipasang teguh pada lantai bas untuk kekuatan tambahan.

Di samping itu, reka bentuk bas sekolah memastikan penumpang duduk lebih tinggi daripada aras jalan raya.

Ini mengurangkan risiko penumpang menerima hentakan terus dalam kemalangan.

BACA: Ini 10 Carian Google Paling Tinggi Rakyat Malaysia Buat Pada 2024

Selain itu, ada sebab lain yang tidak mewajibkan pemasangan tali pinggang keledar pada beberapa bas sekolah. Antaranya adalah:

1. Kos pemasangan – Pemasangan tali pinggang keledar pada semua bas sekolah melibatkan kos yang tinggi. Bagi kawasan tertentu, terutamanya di luar bandar, bajet untuk menambah ciri ini mungkin menjadi kekangan.

2. Kesan kepada operasi menyelamat semasa kecemasan – Dalam situasi kecemasan seperti kebakaran atau kemalangan, tali pinggang keledar boleh melambatkan proses evakuasi kerana memerlukan lebih masa untuk membuka tali.

3. Peraturan yang berbeza mengikut negeri – Di Amerika Syarikat (AS), misalnya, hanya beberapa negeri seperti California, Florida dan Texas yang mewajibkan tali pinggang keledar pada bas sekolah baharu. Di negeri lain, keputusan untuk memasangnya terletak pada pihak berkuasa tempatan.

Sumber: The Hill