Siakap Keli
Bomba Selamatkan Kucing
Kredit: Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru via Facebook

Cemas, Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap Dalam Paip Bawah Jambatan Kedua P. Pinang

Cemas, Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap Dalam Paip Bawah Jambatan Kedua P. Pinang

Seperti yang diketahui, kerjaya seorang anggota bomba sememangnya bukan satu pekerjaan yang mudah.

Sebagai anggota bomba, tugas mereka bukan hanya semata-mata memandam kebakaran, tetapi perlu menangani hampir semua kes kecemasan yang berlaku.

Hal ini membuktikan bomba mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang lebih besar, anggota bomba merupakan barisan yang terawal yang hadir di tempat kejadian.

Bomba selamatkan anak kucing yang terperangkap

Baru-baru ini, tular tindakan pantas lagi cekap sepasukan anggota bomba menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam paip saliran air di Jambatan Kedua Pulau Pinang, semalam.

Menurut hantaran Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru di Facebook, operasi menyelamat itu segera dilaksanakan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan kira-kira jam 2:48 petang.

Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, mereka mendapati haiwan terbabit masih berada dalam paip saliran keluar air di tiang 2/3 bahagian jambatan menghala ke Batu Maung.

Operasi penyelamatan yang dilakukan kemudian menyaksikan si bulus comel itu berjaya dibawa keluar daripada paip saliran tersebut.

Video anak kucing tersebut menjadi tular di media sosial

Terdahulu, satu video yang merakam situasi kucing berkenaan turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaunnya, @zulfikri_fishing.

Menerusi video berkenaan, mereka yang ketika itu dipercayai sedang memancing di sekitar tiang di jambatan tersebut terdengar bunyi meow yang kuat seolah-olah sedang meminta bantuan.

@zulfikri_fishing seterusnya meminta orang ramai yang melihat video berkenaan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya kucing berkenaan dapat diselamatkan.

Disebabkan faktor kedudukan dan ketinggian lokasi, @zulfikri_fishing tidak mampu berbuat apa-apa selain menunggu bantuan dari pasukan bomba tiba.

Rata-rata pengguna TikTok meninggalkan  komen di video mengucapkan terima kasih kepada @zulfikri_fishing kerana mempunyai sikap prihatin kepada haiwan.

“Alhamdullilah, terima kasih,” komen seorang wargamaya.

“Terima kasih orang baik. Semoga dipermudahkan urusan,” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: Jimat Kos Pengasuh, Tokyo Sediakan Khidmat Jagaan Kanak-Kanak Percuma 

@zulfikri_fishing

Tolong sat kucing tersangkut dlm pipe jambatan #viral

♬ bunyi asal – Tekong kayak🎣 – Tekong kayak🎣

BACA: Mengah Turun Tangga Tiga Tingkat, Kelaku Kucing Berhenti Rehat Setiap Aras Bikin Terhibur

BACA: Pelancong Jatuh Dari Kereta Api, Cubaan Nak Ambil Gambar “Sunset” Dengan Bergaya Gagal

Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.