Selebriti Lelaki Ditahan Di Cyberjaya, Disyaki Miliki Ganja
PUTRAJAYA, 14 Dis (Bernama) — Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata lelaki berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang.
“Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan dua paket plastik lutsinar, yang tiap satunya mengandungi leraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.
“Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki ganja yang telah dirampas ialah 60.3 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).
“Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
BACA: “Aku Nak Mati Ke Ni…”, Lelaki Kongsi Detik Cemas Diserang Sakit Jantung, Hampir Ragut Nyawa
BACA: Mengah Turun Tangga Tiga Tingkat, Kelaku Kucing Berhenti Rehat Setiap Aras Bikin Terhibur
BACA: Cemas, Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap Dalam Paip Bawah Jambatan Kedua P. Pinang
Sumber: Bernama