Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di 4 Negeri

Hannah
Amaran Hujan Berterusan
Sumber: METMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di 4 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri bermula esok (16 Disember).

Menurut METMalaysia, keadaan cuaca diramal berlaku di Perak, Pahang serta keseluruhan negeri Kelantan dan Terengganu tersebut dijangka berterusan hingga 19 Disember ini.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Hulu Perak, manakala di Pahang membabitkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” jelas METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Gelagat ‘Pekerja OT’ Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Judika ‘Free’ Curi Tumpuan

BACA: Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus

BACA: Minah Saleh Kongsi Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia

Sumber: METMalaysia