Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan “Tahap Waspada” Di 5 Negeri

Iqbal Yasir
Amaran Hujan Berterusan
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan “Tahap Waspada” Di 5 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan Tahap Waspada di lima negeri.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, METMalaysia memaklumkan bahawa negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

Bagi Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dijangka mengalami episod hujan berterusan hingga 19 Disember (Khamis) ini. Manakala negeri Sarawak pula antara 19 hingga 22 Disember.

“Di Perak, hanya daerah Hulu Perak yang diramal mengalami cuaca buruk itu. Sementara di Pahang pula melibatkan kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Bagi Kelantan, Terengganu, keseluruhan negeri itu diramal cuaca buruk itu hingga Khamis ini.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah,” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Gelagat ‘Geng OT’ Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Judika ‘Free’ Curi Tumpuan

BACA: Arteta ‘Kecewa’ Selepas Arsenal Seri Tanpa Jaringan Menentang Everton

BACA: Gunung Semeru Di Jawa Timur, Indonesia, Meletus