Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Bapa anak joget sakan
Kredit: TikTok @hannanainal

Ingatkan Nak Marah, Gelagat Bapa Join Anak Joget Sakan Buat Ramai Geli Hati

Siti Nur Ain Natasya

Ingatkan Nak Marah, Gelagat Bapa Join Anak Joget Sakan Buat Ramai Geli Hati

Dalam setiap keluarga, “bapa” sering dilihat sebagai figura yang tegas, berdisiplin dan sentiasa serius menjalankan tanggungjawab.

Mana tidaknya, menjadi ketua keluarga bukanlah satu tugas yang mudah.

Tapi sebenarnya, di sebalik wajah garang seorang bapa, terselit sisi lembut yang kadang-kadang comel dan kelakar.

Yang penting, semua itu dilakukan demi melihat anak-anaknya gembira dan tersenyum lebar.

Kata orang, bapa selalu kalah dengan keletah si anak perempuan. Tak kira berapa pun usia anak itu, di mata seorang bapa, si puteri tetap anak kecilnya yang manja.

Mereka mungkin jarang menunjukkan kasih sayang secara terang-terangan, tetapi kadangkala tindakan spontan sudah cukup menyentuh hati.

Baru-baru ni, satu video tular di TikTok yang buat warga maya tak kering gusi.

Video yang memperlihatkan gelagat seorang bapa dan anak perempuan berjoget sakan di hadapan penyanyi jalanan berjaya mencuit hati ramai.

“Babah borek, anak rintik”

Dalam video tu, si anak mula-mula nampak santai sambil melayan lagu “Yang Penting Happy” yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi jalanan. Lagu tu memang ‘catchy’, sampai si anak asyik sangat menikmatinya.

Tiba-tiba, mungkin sebab terlalu seronok dengan muzik, si anak bangun dan mula menari ‘kecil’ sebelum bergerak perlahan ke hadapan penyanyi.

Orang ramai yang ada di situ mula tersenyum tengok telatah berani si anak, tetapi apa yang berlaku selepas itu lebih mengundang gelak tawa.

Si bapa yang pada mulanya hanya memandang dengan tenang mula berjalan perlahan ke arah anaknya.

Dari gaya jalan tu, ramai yang ingat si bapa nak tarik anaknya balik ke tempat duduk, mungkin sebab malu atau risau anaknya jadi perhatian. Rupa-rupanya, sangkaan semua orang salah besar.

Sebaik saja sampai di hadapan penyanyi jalanan, tanpa diduga, si bapa turut sama berjoget dengan selamba.

Aksinya yang bersahaja itu mengundang sorakan dan tepukan meriah daripada orang ramai.

Situasi jadi tambah seronok bila dua orang penonton lain, yang turut terhibur, terus ‘join’ menari sekali.

Menjengah ke ruangan komen, video yang kini mencecah 700 ribu tontonan itu mendapat komen yang positif dari warga maya.

“Kasih seorang ayah, dia tak nak anak dia malu sendiri jadi ayah ikut sekali,”

“Ingatkan ayah dia nak tarik si anak rupanya sama naik ja perangai masuk air,”

“Ni mesti keluarga bahagia, anak-anak mesti rapat dengan ayah,”

“Biasanya benda macam ni perlu ada seorang ja mula, nanti semua akan join,”

BACA: Ini Reaksi Rakyat China Tengok Tarian Tradisional Melayu

BACA: “Team” Robot Kolej Tunku Kurshiah Menang Lawan Wakil Jepun

BACA: Pempengaruh Kongsi Hasil Tangkapan Ikan Bandaraya Cecah RM1.2k

Sumber: Hannan Ainal via TikTok