WHO Dedah Keadaan Hospital Di Utara Gaza Amat Menyedihkan
Pasukan kemanusiaan dilapor akhirnya berjaya menghantar bekalan bahan api, makanan dan ubat-ubatan ke satu-satunya hospital yang masih berfungsi di utara Gaza pada Isnin lalu.
Menurut AFP, Hospital Kamal Adwan yang terletak di Beit Lahia, sebuah bandar yang menjadi pusat operasi ketenteraan besar-besaran Israel, itu berada dalam keadaan yang amat menyedihkan.
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi laman X berkata, agensi kesihatan PBB dan agensi lain akhirnya tiba di hospital terbabit dua hari lalu selepas beberapa kali percubaan,
Katanya, pasukan kemanusian berdepan cabaran getir untuk tiba di hospital berkenaan, ditengah-tengah konflik antara Israel dan Hamas yang masih tegang.
Hospital Kamal Adwan beroperasi pada tahap minimum.
Setibanya di sana, pasukan berkenaan mengagihkan 5,000 liter bahan api, makanan dan ubat-ubatan serta memindahkan tiga pesakit dan enam pengirin ke Al-Shifa.
Menurut AFP, Al-Shifa merupakan hospital utama di Palestin.
Difahamkan, Hopsital Kamal Adwan merupakan antara fasiliti perubatan terakhir yang tinggal dan masih beroperasi di utara Gaza.
Bagaimanapun, WHO mendedahkan bahawa kemudahan berkenaan hanya mampu beroperasi pada tahap minimum.
Manakala usaha untuk menghantar bantuan ke hospital berkenaan sebelum ini beberapa kali menemui kegagalan.
Pada awal bulan ini, WHO memaklumkan satu misi berjaya tiba di Hospital Kamal Adwan pada 30 November lepas, selepas beberapa minggu percubaan tidak berjaya.
Misi berkenaan membawa pelbagai bantuan termasuk satu pasukan kecemasan antarabangsa, pakar bedah dan pakar-pakar lain.
“Keadaan di hospital itu sungguh menyedihkan”
Bagaimanapun, pasukan yang tiba itu terpaksa menyelamatkan diri bersama orang ramai beberapa hari kemudian, akibat petempuran yang meletus di sekitar kawasan hospital.
“Ini telah menyebabkan hospital itu kekurangan kakitangan khusus untuk rawatan pembedahan dan ibu bersalin. Keadaan di hospital itu sungguh menyedihkan.
“Kami menyeru perlindungan terhadap penjagaan kesihatan dan agar kekejaman ini dihentikan. Gencatan senjata,” kata Tedros.
Selain itu, beliau turut mendedahkan bahawa serangan tersebut telah menyebabkan kerosakan kepada hospital serta menjejaskan bekalan oksigen dan elektrik.
https://x.com/DrTedros/status/1868728190048649727
BACA: Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus