Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
suara bluetooth
Kredit: AFP

“Connected Successfully,” Rupanya Ini Pemilik Suara Di Sebalik Notifikasi Bluetooth

Azizah Najib

“Connected Successfully,” Rupanya Ini Pemilik Suara Di Sebalik Notifikasi Bluetooth

Setiap gajet masa kini pasti dilengkapi dengan ciri Bluetooth. Memandangkan kini semakin banyak gajet yang bersifat tanpa wayar, ciri Bluetooth amat diperlukan terutamanya bagi telefon pintar, radio mahupun komputer riba.

Dicipta pada tahun 1994 oleh Jaap Haartsen dari syarikat Ericsson, ‘Bluetooth’ bermula daripada imaginasi tentang tanpa sempadan oleh Haartsen. Pada tahun 1998, Haartsen terlibat dalam membangunkan piawaian dan perlesenan teknologi dan hak cipta Bluetooth. Semenjak itu, ciri Bluetooth ditambah baik sehingga dapat menyambungkan pelbagai gajet dalam satu-satu masa dengan jarak tertentu.

Sebagai pengguna gajet dan telefon pintar, sudah pasti ramai antara kita yang mengenal suara notifikasi penyambungan ‘Bluetooth’.

The bluetooth device connected successfully,” bunyi suara tersebut.

Pasti anda tertanya-tanya siapakah gerangannya pemilik suara yang dikenali hampir seluruh dunia ini. Kali ini, SK ingin perkenalkan kepada anda, Kristen DiMercurio, pemilik suara yang dikenali ramai itu.

Kristen yang berasal dari Hagerstown, Maryland merupakan seorang pelakon, pelakon suara dan penyanyi yang tidak asing bagi Amerika Syarikat. Mula berkecimpung dalam kerjaya seni sejak muda, Kristen menamatkan pengajiannya dalam bidang Seni Persembahan Dalam Muzikal Teater di Kolej Emerson, Boston.

Sejak itu, Kristen semakin banyak terlibat dengan dunia hiburan. Antara bidang yang disertainya termasuk lakonan dalam filem komedi, Fool Me Once, Revenge On You dan filem seram, Mr Nightmare. Selain itu, Kristen turut mempunyai audio siar miliknya sendiri, Brimstone Valley Mall yang berkisar tentang kisah komedi jin yang berlegar di pasaraya sekitar tahun 1990-an. Malah, suara Kristen turut pernah digunakan untuk video saluran Business Insider dan dokumentari di YouTube yang memenangi pelbagai anugerah berprestij.

Menerusi laman TikTok miliknya, Kirsten banyak berkongsi bakatnya dalam melakonkan suara bagi beberapa ‘mesin suara’. Malah, Kristen turut berkongsi beberapa tip bagi mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagai pelakon suara.

Biarpun persoalan ini telah terjawab, namun di ruangan komen masih ramai yang tertanya-tanya tentang pemilik suara bagi satu lagi suara notifikasi ‘Bluetooth’ yang kedengaran agak lain daripada suara milik Kristen. Mungkin satu hari nanti, misteri ini pula akan terjawab.

BACA: Nostalgia, Ini Rupanya Pencipta Asal Lagu “Ringtone” Ikonik Nokia

BACA: Hairan, Macam Mana Piring Hitam Rakam & Hasilkan Bunyi?

BACA: 33 Tahun Rakam Siaran TV, Kisah Marion Stokes Simpan 71,716 Pita Rakaman

Sumber: kdimerc, National Inventors Hall of Fame, Kristen DiMercurio