Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri, 2 Wilayah Malam Ini

amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri, 2 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Selangor dan Negeri Sembilan, selain keseluruhan negeri Melaka, Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Selangor, daerah yang terlibat adalah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Manakala, di Negeri Sembilan membabitkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau,” maklum METMalaysia.

Tambah METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklumnya lagi.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Volkswagen Berhentikan Lebih 35,000 Pekerja

BACA: 41 Banduan Di N. Sembilan Dibebaskan Dengan Berlesen Menerusi Program Ihsan MADANI

BACA: Adik Anggun Eshal Perlu Bantuan Jalani Pemindahan Hati

Sumber: METMalaysia