Siakap Keli
Kredit: Bernama

Telegram, Tencent Mula Proses Pelesenan Untuk Beroperasi Di Malaysia – MCMC

Telegram, Tencent Mula Proses Pelesenan Untuk Beroperasi Di Malaysia – MCMC

PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) — Penyedia perkidmatan, Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua platform dijangka memenuhi syarat yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia dalam masa terdekat.

“MCMC memuji komitmen Telegram dan Tencent untuk mematuhi keperluan pelesenan tersebut,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut menyeru semua penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat pelesenan agar segera mengemukakan permohonan mereka, sebelum tarikh akhir pada 31 Dis ini.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil walaupun ia adalah perkara yang mahu dielakkan oleh semua pihak.

“MCMC juga komited untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada semua penyedia perkhidmatan bagi memastikan proses permohonan mereka berjalan lancar,” menurut Suruhanjaya itu.

Keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Jan depan, bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna, dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial.

Kerangka ini dirangka untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang dipercayai dan selamat dengan menyeru penyedia perkhidmatan agar melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan.

Selain itu, rakyat Malaysia juga mendapat manfaat daripada peningkatan keselamatan, pengalaman pengguna yang lebih baik serta perlindungan yang lebih teguh terhadap kandungan berbahaya.

BACA: Ketahui Bahaya “Bakteria Pemakan Daging” Yang Ramai Tak Tahu

BACA: Serabut Semak Pelepasan Cukai, Ini ‘Step By Step’ Nak ‘Potong’ Cukai Sampai RM3,000

Sumber: BERNAMA

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.