Lama Bertarung Sakit, AbuRoy ‘Pergi’ Selamanya
Seekor kucing terkenal di media sosial, AbuRoy telah ‘pergi’ untuk selamanya, pada Sabtu.
Pemergian AbuRoy itu dimaklumkan oleh pemiliknya yang juga pasangan suami isteri, Abang Din dan Kak Sheera menerusi laman Facebook, Mint Gemuk hari ini.
Difahamkan, kucing berkenaan sudah sekian lama bertarung sakit dan berhadapan dengan masalah kesukaran untuk bernafas.
“Abu anak pertama kepada Abang Din dan Kak Sheera. Dari hari pertama selamatkan Abu sehinga nafas Abu yang terakhir. Tak terkata betapa bersyukurnya kami dengan kehadirannya dan menyerikan kami sekeluarga
“Kenangan Abu dengan kita akan sentiasa dengan kita selamanya. Tapi takdir memisahkan kita dan itu rahsia Tuhan untuk kami harungi. Rehat dengan tenang di sana Abu,” ujar hantaran itu.
AbuRoy pergi selamanya
Sebelum ini, Abang Din dan Kak Sheera kerap berkongsi perkembangan semasa AbuRoy termasuk rawatan yang diterima untuk merawat masalah kesihatan kucing tersebut.
Menjengah ke ruang komen hantaran berkenaan, pemergian AbuRoy ternyata memberi kesan kepada lebih 300,000 pengikut halaman Mint Gemuk.
Rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan turut terasa dengan kehilangan AbuRoy, kucing yang banyak meninggalkan memori indah kepada warga maya.
“Allahuakhbar. Semoga Allah SWT mempermudahkn urusan dan banyak-banyak berdoa dan bersabar serta kuatkan semangat.
“AbuRoy dah tak sakit dan akan menanti keluarga tersayang di syurga,” kata Nor Zilah Mohammad.
“Selamat jalan Abu. Terima kasih hadir. Seronok tengok AbuRoy membesar dan disayangi. Bertabah Abang Din, Kakak Sheera, Ayra dan Baba Mint sekeluarga. Moga Allah membalas kebaikan keluarga yang penyayang ini,” kata Cheja Cheja pula.
“Selamat tinggal Abu. Semoga keluarga Mint Gemuk diberi ketabahan. Terkenang kisah Abu mula-mula berada dalam keluarga Mint Gemuk,” kata seorang lagi pengkut halaman Mint Gemuk, Fadzilah Osman.
BACA: Apa Beza Hukuman Sebatan Syariah Dengan Sivil? Ini Jawapannya
BACA: Nahas KM204: Dua Beradik Menangis Diberitahu Ibu Bapa Meninggal Dunia, Pulang Ke Bangi Petang Ini
BACA: Serabut Semak Pelepasan Cukai, Ini ‘Step By Step’ Nak ‘Potong’ Cukai Sampai RM3,000
Semoga Abang Din dan Kak Sheera sekeluarga bersabar dengan kehilangan ini.
Sumber: mintgemuk via Facebook