Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Tip penjagaan mesin basuh
Gambar: Freepik

Ini 5 Tip Penjagaan Mesin Basuh Korang ‘Wajib’ Tahu

Hannah

Ini 5 Tip Penjagaan Mesin Basuh Korang ‘Wajib’ Tahu

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, siapa saja yang tak mahu berjimat?

Bila beli barang, mestilah kita nak guna lama dan elakkan rosak cepat. Kalau rosak, nak baiki atau ganti memang memakan belanja.

Sama juga kisahnya kalau beli barangan rumah yang penting seperti mesin basuh.

Sebenarnya, dengan penjagaan yang betul, mesin basuh ni bukan saja tahan lebih lama tetapi juga menjimatkan kos penyelenggaraan.

Nak tahu caranya? Berikut adalah lima tip penjagaan mesin basuh yang korang ‘wajib’ tahu, dikongsikan oleh Hairul Vcool melalui Facebook.

1. Elak masukkan pakaian melebihi had

Setiap mesin basuh ada kapasiti maksima. Kalau mesin korang 9kg, pastikan jumlah pakaian yang dimasukkan tidak lebih daripada itu.

Macam mana nak tahu? Mudah saja. Semasa mencuci, pakaian perlu berpusing dengan lancar. Kalau pakaian terlalu padat dan tak bergerak, itu tandanya korang dah overload.

Bila overload, beban berlebihan akan menyebabkan gearbox dan pulsator cepat rosak.

Kalau dah rosak pula, korang perlu keluarkan modal untuk mengganti dua komponen penting ini.

2. Pastikan tekanan air di rumah kuat

Tekanan air rendah bukan saja lambat penuhkan air dalam mesin basuh, tapi juga memendekkan jangka hayat komponen mesin basuh seperti inlet water valve.

Komponen ini bertugas mengawal aliran air masuk ke dalam mesin.

Kalau tekanan air rendah, valve akan bekerja lebih lama, contohnya daripada 5 minit (waktu normal ia bekerja) mungkin jadi 15 minit, menyebabkan ia cepat rosak.

3. Tutup plug selepas menggunakan mesin basuh

Tabiat malas tutup plug lepas guna boleh membawa padah.

Aliran elektrik yang berterusan akan menyebabkan PCB board mesin basuh korang sentiasa ‘hidup’, sekali gus memendekkan jangka hayatnya.

Jadi, biasakan diri untuk switch off plug setiap kali selepas mencuci pakaian.

Langkah mudah ini boleh jimatkan kos pembaikan yang tak perlu.

4. Elak letak mesin basuh di tempat yang tidak sesuai

Lokasi mesin basuh juga memainkan peranan penting:

  • Jangan letak dalam bilik air – Air boleh menyebabkan body mesin yang besi berkarat, reput dan tak stabil.

  • Elak tempat terdedah cahaya matahari – Cahaya matahari boleh merosakkan panel plastik atas mesin basuh, menjadikannya rapuh dan mudah berlubang.

Cari lokasi yang kering, teduh dan mempunyai pengudaraan baik untuk memastikan mesin basuh kekal dalam keadaan terbaik.

5. Jaga kebersihan dan servis berkala

Penjagaan kebersihan mesin basuh sering diabaikan. Sebenarnya, ia penting untuk memastikan mesin basuh ‘bekerja’ dalam keadaan optimum.

  • Cuci filter air: Keluarkan dan bersihkan filter di bahagian belakang mesin basuh untuk memastikan tekanan air sentiasa kuat.

  • Bersihkan filter bag: Habuk dan kotoran yang terkumpul boleh menjejaskan kebersihan pakaian.

  • Lakukan tub cleaning: Sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali untuk memastikan mesin bebas dari bau dan kotoran tersembunyi.

Dengan mengikuti lima tip mudah ini, korang bukan saja dapat menjimatkan kos pembaikan.

Malah, korang boleh memastikan pakaian dicuci dengan lebih bersih.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

BACA: 10 Tradisi ‘Unik’ Di Dunia Sempena Tahun Baharu

BACA: Ini 4 Negara Yang Takkan Masuk “Tahun Baharu” Pada 1 Januari Nanti

BACA: Ini 6 Negara Tidak Merayakan “Tahun Baharu”

Sumber: Hairul Vcool via Facebook