Wanita Kongsi Cara Jawab Soalan Keramat “Bila Nak Kahwin?”
Setiap kali musim perayaan atau menghadiri majlis perkahwinan, pelbagai ‘soalan keramat’ yang bakal diajukan tanpa diduga.
Kalau bukan “mak cik bawang”, mesti “pak cik bawang” yang memulakan.
Tak kira sama ada anda bujang, baru berkahwin atau dah ada anak sekalipun, pasti ada soalan ‘bonus’ menanti.
Bujang? Soalannya dah tentu, “Bila nak kahwin?”
Dah kahwin? Soalan upgrade sikit, “Bila nak ada anak?”
Dah ada seorang anak? Ada soalan lain pula, “Bila nak tambah lagi?”
Pendek kata, memang tak pernah habis. Rasa macam tradisi ‘wajib’ pula.
Inilah sikap rakyat Malaysia yang terkenal dengan ‘keramahan’ mereka, meski kadangkala ia membuatkan orang yang ditanya mati kutu memikirkan jawapan.
Jawapan bijak gadis ini buat ramai terhibur
Baru-baru ini, tular di TikTok (@matchalemon4de) video seorang gadis menjawab soalan maut “Bila nak kahwin?”dengan gaya santai dan selamba.
Dalam video tersebut, gadis ini kelihatan berada di sebuah majlis perkahwinan apabila dipercayai seorang pak cik ‘melancarkan serangan’ dengan soalan keramat itu.
Namun, gadis itu langsung tak melatah. Dengan nada bersahaja, dia menjawab, “InsyaAllah, tak Sabtu, Ahad”.
Jawapan ini bukan saja membuatkan kawannya ketawa besar, malah warga maya turut terhibur.
Rata-rata bersetuju gadis ini yang benar-benar bijak menangani situasi yang boleh membuat ramai orang terkedu.
Melihat gayanya, jelas gadis ini sudah lali dengan soalan tersebut.
@matchalemon4de sorry pakcik, saya melawak je tau. janji tak serious! yang penting pakcik sporting 🤣 wedding reunion
“Orang kata perempuan kelakar cepat jodohnya, mungkin kahwin Jumaat”
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya turut berkongsi ‘skema jawapan’ mereka apabila diajukan soalan yang sama.
“Saya biasa jawab, InsyaAllah kalau tak kat dunia, kat syurga,”
“Jawab je, lepas raya tapi tak pasti raya apa, mungkin raya Cina atau Deepavali,”
“Saya pernah jawab, waktu cuti sekolah tapi tak pasti tahun bila,”
Akan tetapi, tak dinafikan bahawa walaupun nampak seperti gurauan biasa, sebenarnya soalan sebegini boleh menjadi isu sensitif.
Bagi sesetengah orang, ia mungkin membuka luka lama atau menyentuh perkara yang sedang mereka cuba hadapi dalam hidup.
Bak kata pepatah, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.
BACA: Kenali Asal Usul Ajinomoto Penaik Rasa Masakan
BACA: Tahun Baharu Abu Dhabi: 100 Ribu Belon Dilepaskan, Rupanya “Ini” Isinya
BACA: Gadis Jepun ‘Terkejut’, Kongsi Pengalaman Naik Tren Di Malaysia
Sumber: matchalemon4de via TikTok