Nak Sedap Kena Letak, Kenali Asal Usul Ajinomoto Penaik Rasa Masakan
Setiap menu masakan tentunya mempunyai bahan ‘pelengkap’ bagi menaikkan lagi rasa terhadap hidangan tersebut.
Di Malaysia, salah satu bahan yang menjadi kegemaran ramai adalah Ajinomoto. Bercakap mengenai, tentu tidak lengkap setiap masakan jika tidak diletakkan sedikit Ajinomoto ini.
Tapi pernah tak anda terfikir kenapa perlu letak Ajinomoto dalam masakan, sedangkan ada garam yang rasanya hampir serupa?
Tanpa membuang masa, ikuti perkongsian SK membongkar kisah disebalik penambah rasa kegemaran ramai ini dan keunikannya menerusi perkongsian Facebook Zunita Ramli, di bawah.
Asal Usul Ajinomoto

Selalu sangat orang cakap Ajinomoto ni bawa kesan yang tak bagus, ya ke?
Ajinomoto atau sebenarnya “aji no moto” (味の素) yang bermaksud ‘essence of taste’ dicipta oleh seorang saintis Jepun iaitu Dr. Kikunae Ikeda, seorang profesor di Tokyo Imperial University pada tahun 1907, sebelum Perang Dunia Pertama lagi.
Beliau mengenalpasti glutamat (asid amino) dalam rumpai laut boleh menghasilkan rasa sedap dalam makanan. Jadi profesor ni berjaya mengasingkan glutamat dari gandum untuk hasilkan MSG dan menamakan rasa tu sebagai rasa “umami” yang diambil dari perkataan Jepun “umai” iaitu ‘sedap’.

Umami sebenarnya adalah rasa ke-lima selepas manis, masam, masin dan pahit. Sebab tu kalau perasan, apa-apa masakan yang letak MSG atau Ajinomoto selalunya mesti sedap.
Tapi awal-awal dulu Ajinomoto ni daripada gandum cuma sekarang ia diproses dari sumber ubi kayu dan tebu yang juga kaya dengan sumber semulajadi glutamat. Ya, glutamat ni memang banyak dalam makanan seharian kita waima dalam susu ibu pun ada kandungan glutamat.

Macam mana pula dengan pernyataan yang mengatakan Ajinomoto atau MSG membawa kesan buruk pada kesihatan seperti sakit kepala, sakit otot dan ada claim sampai boleh bawa kanser?
Sebenarnya ikut kajian, untuk memberikan kesan sebegitu, seseorang perlu makan 3g MSG dalam satu-satu masakan. 3g ni banyak ye.
Tapi kalau kita tengok dalam masakan, biasanya MSG atau Ajinomoto yang diletakkan adalah sangat sedikit, lebih kurang 0.5g sahaja.
Bahkan ada yang mendakwa makanan yang menggunakan Ajinomoto saja tanpa garam lebih sihat berbanding penggunaan garam kerana kandungan sodium dalam Ajinomoto adalah lebih rendah iaitu sekitar 12% sahaja berbanding kandungan sodium dalam garam itu sendiri iaitu sebanyak 40%.
Jadi bermakna tak semestinya makanan yang mengandungi Ajinomoto tu tak bagus dan tak semestinya makanan yang tulis “zero MSG atau zero Ajinomoto” itu bagus.

Tapi perlu ingat, benda yang baik, kalau terlampau banyak juga boleh mendatangkan mudarat.
Kuncinya, berserdahana.
Sumber: Facebook Zunita Ramli