Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri – METMalaysia

Iqbal Yasir
Amaran Hujan Berterusan
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Enam Negeri – METMalaysia

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri selama tiga hari bermula Jumaat ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat termasuk Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Bagi Negeri Sembilan, amaran hujan berterusan tahap waspada itu melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Melaka dan Johor manakala di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang di Sarawak hingga 4 petang ini.

Kawasan terlibat merangkumi Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu serta Miri (Subis).

Sumber: BERNAMA

BACA: Ini Senarai Negara Yang Ada Hukuman ‘Penjara’ Di Rumah

BACA: 7 Negeri Diramal Hujan Lebat Pagi Ini