Siakap Keli
amaran hujan lebat
Kredit: ImageFX

Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri Hingga 7 Malam Ini

Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri Hingga 7 Malam Ini

Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat serta ribut petir di lima buah negeri dan tiga wilayah yang dijangka berlaku sehingga jam 7 malam ini.

Berdasarkan laman Facebook MetMalaysia, beberapa daerah di Perak yang akan dituruni hujan lebat adalah Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Manakala daerah di Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Beralih ke Negeri Sembilan, ia hanya melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson.

BACA: Kasih Seorang Nenek, Tekun Baca Yasin Untuk Cucu Tengah Duduki SPM

Di Sarawak pula, hampir semua daerah bakal berdepan dengan cuaca buruk ini, iaitu di Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Bagi negeri Sabah, daerah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putaran, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Tongod) dijangka alami cuaca ini.

Tiga wilayah yang turut mengalami keadaan cuaca tersebut adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Susulan itu, orang ramai yang berada di kawasan berisiko diminta sentiasa berhati-hati.

Sumber: MetMalaysia

BACA: Lesap RM10k, Gadis Tak Sangka Giliran Mak Kena ‘Scam’ Dengan Cara Ni

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.