Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pakcik Pokli Colek ‘Bismillah’ Meninggal Dunia
Seorang penjual buah potong atau colek buah-buahan campuran yang lebih dikenali sebagai ‘Pokli Colek Bismillah’ dilapor meninggal dunia, hari ini.
Berita kematian Allahyarham dikongsikan oleh anaknya, Redzuan Jihad melalui satu hantaran di Facebook kira-kira 9:58 pagi tadi.
“Assalamualaikum semua, mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada ayah saya, Pok Cik Bismillah yang telah pergi ke Rahmatullah 8:35 pagi tadi,” katanya.
Pokli Colek Bismillah meninggal dunia hari ini
Menurut Redzuan, solat jenazah arwah ayahnya diadakan pada petang tadi selepas solat Asar.
Di media sosial, khususnya di Facebook, berita kematian peniaga colek yang sangat disenangi oleh para pelanggannya itu turut mendapat perhatian warga maya.
Deretan pengguna Facebook yang mengenali atau pernah membeli jualan Pokli Colek Bismillah turut memuat naik hantaran dan mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham.
Terdahulu, gerai jualan Allahyarham yang terletak di Pangkalan Kubor sering menjadi tumpuan para pelancong yang ingin merasa sendiri keenakan colek buah-buahan campuran yang dijurus dengan kuah pedas.
Selain colek yang dijualnya, Allahyarham turut dikenali sebagai seorang individu yang tidak lekang menyebut kalimah Bismillah dalam setiap tindak-tanduknya, terutamanya ketika berjualan.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Pokli Colek Bismillah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
BACA: Polis Mohon Bantuan Kesan Puteri Rania Qalesya
BACA: Pak “Guard” Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Di Surau Sekolah
Sumber: Redzuan Jihad