Pembida Beli Ikan Tuna 1.3 Juta Dolar
Pembida dilapor berjaya membeli ikan tuna seberat 276 kilogram yang dilelong di pasar ikan di Tokyo pada harga kira-kira USD 1.3 juta.
Menurut Channel News Asia, pembida yang berjaya memiliki ikan tuna seberat dan sebesar sebuah motosikal itu merupakan wakil daripada sebuah restoran sushi berbintang Michelin, Onadera Group.
Difahamkan, acara lelongan ikan tuna yang berlangsung di Pasar Toyosu itu merupakan acara lelongan pertama yang diadakan pada tahun ini.
Restoran bida ikan tuna pada harga 1.3 juta Dolar

Harga yang dibayar oleh restoran tersebut merupakan rekod harga kedua tertinggi yang pernah dibayar dalam acara lelongan pembukaan di pasar berkenaan sejak rekod mula dikumpulkan bermula 1999.
Onadera Group juga menjadi pembida tertinggi untuk lima tahun berturut-turut, sekaligus berjaya menarik perhatian media tempatan.
Rekod tertinggi dicatatkan pada 2019
“Ikan tuna pertama yang dibawa biasanya membawa nasib baik. Hasrat kami agar pelanggan yang menikmati ikan ini mempunyai tahun baru yang bermakna,” kata wakil restoran berkenaan.
Menurut CNA, harga lelongan tuna dalam acara pembukaan tahun baru yang tertinggi dicatatkan pada 2019.
Pembida yang memenangi acara lelongan itu, Kiyoshi Kimura iaitu pengendali Restoran Suzhi Zanmai difahamkan membayar kira-kira 333.5 juta Yen untuk ikan tuna seberat 278 kg.
BACA: Mengamuk Sangka Motor Hilang, Rupanya Ke Kedai Berjalan Kaki
BACA: Lelaki Indonesia Puji Sikap Pemandu Malaysia, Berbeza Dengan Pemandu Negara Sendiri
BACA: Ini Senarai Negara Yang Ada Hukuman ‘Penjara’ Di Rumah
Sumber: Channel News Asia