Siakap Keli
Rumah Atok sepi
Kredit: TikTok @sirapselasihpandan

“Rumah ada…” – Lawat Rumah Sepi, Cucu Kongsi Sebak Kini Tiada Kelibat Atok

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Rumah ada…” – Lawat Rumah Sepi, Cucu Kongsi Sebak Kini Tiada Kelibat Atok

Sejak tangisan pertama seorang cucu bergema di dunia, dia sudahpun menempah ruang istimewa dalam hati atuk dan neneknya.

Tidak kira sama ada cucu itu nakal, manja atau pendiam, kasih sayang yang dilimpahkan oleh atuk dan nenek sering kali melangkaui batas logik.

Kasih mereka tiada tandingan. Jika ibu dan ayah berkata “tidak”, sering kali atuk dan nenek pula akan berkata “boleh” secara diam-diam, kalah dengan rengekan manja cucu.

Tidak hairanlah, cucu sering menjadi intan payung keluarga, terutama buat insan bergelar “atuk” dan “nenek”.

Keadaan ‘berbeza’ tanpa kelibat insan tersayang

Baru-baru ini, pengguna TikTok @sirapselasihpandan telah mencuri perhatian ramai dengan satu perkongsian yang mengundang sebak.

Dalam videonya, wanita itu berkongsi kisah pilu ketika melawat rumah arwah neneknya yang mesra dengan panggilan “Atok”.

Niat asalnya adalah untuk mengenang momen-momen indah.

Namun, air matanya tidak dapat ditahan apabila menyedari rumah yang dahulunya penuh dengan gelak ketawa kini sunyi sepi.

“Mula-mula nak melawak ja, tersedih pula. Rumahnya ada, penghuni tak ada,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

Lebih menyentuh hati, wanita itu sebelumnya sering viral dengan video-video “POV Rumah Atok Sebelah Rumah Mak Kau” bersama arwah dahulu.

Tinggal berdekatan dengan rumah arwah, mereka kerap meluangkan masa bersama.

“Atok” ibarat rakan makan, tempat bergurau dan penyelesai masalah kecilnya.

Banyak video terdahulu yang dikongsikan merakamkan momen indah mereka.

Namun, selepas pemergian insan tersayang itu, rumah Atok kini berubah menjadi tempat sunyi yang sarat dengan memori.

@sirapselasihpandan

Sentiasa #cucusulungatok

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

@sirapselasihpandan

Lepastu pinggan kat rumah mak aku tak ada, sebab dah habis makan pinggn tak bawa balik 🤣 #fyp #tiktokmalaysia #atok #cucusulung

♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

@sirapselasihpandan

Dah malam nk masak nasi malas! Nasib baik rumah atok penyelamat #fyp #tiktokmalaysia #cucusulungatok #atok #orangkampung

♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

Menjengah ke ruangan komen perkongsian yang sudah mendapat lebih 1.5 juta tontonan itu, masing-masing meluahkan rasa sedih.

Selain itu, ia juga dibanjiri dengan pelbagai kisah dari warga maya yang turut merindui detik-detik indah bersama atuk dan nenek.

“Al-Fatihah, lepas ni tak ada dah POV rumah atok,”

“Rumah kalau tak ada orang tua, hilang seri,”

“Saya cucu sulung, atok baru meninggal semalam, rindu dia selalu duduk kat dapur atas wheelchair,

“Mak saya meninggal 122 hari lepas, rumah macam tak bernyawa,”

“Ayah saya baru meninggal seminggu, kosong dah rumahnya. Sedih sangat,”

BACA: Wanita Kongsi Cara Jawab Soalan Keramat “Bila Nak Kahwin?”

BACA: Kumpulan Pekerja Binaan Baca Doa Sebelum Mula ‘Sibuk’ Raih Perhatian Ramai

BACA: Kenali “Jalan Raya Bawah Air”, Yongwu Road

Sumber: mizzatiee via TikTok

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: