Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Letupan Gegarkan Depot Peluru Di Cuba, 13 Anggota Tentera Hilang – Kementerian

13 tentera hilang
Gambar: Media Sosial

Letupan Gegarkan Depot Peluru Di Cuba, 13 Anggota Tentera Hilang – Kementerian

MOSCOW, 8 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) — Beberapa letupan telah memusnahkan depot senjata dan peluru di tenggara Cuba, menurut Kementerian Angkatan Bersenjata Revolusi negara pulau Caribbean itu pada Rabu. Seramai 13 anggota tentera dilaporkan hilang, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Akibat letupan di gudang senjata dan peluru di perbandaran Rafael Freyre, wilayah Holguin, anggota tentera berikut dilaporkan hilang,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan di platform X, sambil menyenaraikan nama 13 anggota yang hilang.

Kementerian Pertahanan tidak memberikan sebarang komen mengenai punca letupan atau jumlah mereka yang mungkin terkorban. Keluarga anggota yang hilang telah dihubungi. Siasatan sedang dijalankan.

BACA: Pelakon China Yang Diselamatkan Mungkin Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia

BACA: Kota Mekah Dilanda Banjir Kilat Susulan Hujan Lebat

BACA: Terima Pingat Kebebasan Presiden AS, Messi Hantar Surat Tak Hadir

Sumber: BERNAMA