Salman Khan Pasang Cermin Antipeluru Di Rumah
Bintang terkenal Bollywood, Salman Khan, telah mengambil langkah keselamatan tambahan dengan memasang cermin antipeluru di kediamannya di Mumbai.
Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan beberapa pekerja sedang memasang cermin keselamatan berwarna biru pada tingkap dan balkoni rumah aktor itu.
https://www.instagram.com/reel/DEg5PQBIKIY/?utm_source=ig_embed&ig_rid=0666458f-80bb-4670-9987-2f72f9d97e58
https://x.com/ANI/status/1876526602991067593?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1876526602991067593%7Ctwgr%5Eeb72218b370478f432e0b79d4afc85c99b487cd5%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Ftimesofindia.indiatimes.com%2Fcity%2Fmumbai%2Fsalman-khan-installs-bulletproof-glasses-at-bandra-house-amid-threats-from-gangsters%2Farticleshow%2F117016501.cms
Langkah ini diambil susulan pendedahan mengenai rancangan untuk membunuhnya, seperti yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan oleh Polis Mumbai.
Menurut laporan Times of India, tindakan ini dilakukan sehari selepas pendedahan butiran konspirasi dalam kertas pertuduhan setebal 4,590 halaman tersebut.
Dokumen itu mendedahkan bahawa Salman Khan menjadi sasaran utama kumpulan penjenayah yang dipercayai diketuai oleh gengster terkenal.
Untuk rekod, pada April tahun lalu, dua lelaki bersenjata yang menaiki motosikal telah melepaskan tembakan ke arah rumah Salman Khan.
Bagaimanapun, cubaan membunuh pelakon itu gagal disebabkan kawalan keselamatannya yang ketat.
Dalam keterangannya kepada polis, Salman mengenal pasti seorang ketua gengster sebagai dalang utama di sebalik serangan itu.
Salman turut menyatakan bahawa beliau percaya insiden tersebut adalah cubaan untuk mengancam nyawanya serta keluarganya.
BACA: Komposer Lagu Tema Ultraseven, Toru Fuyuki Meninggal Dunia
BACA: Pelakon Titanic, Leonardo Dicaprio Didakwa Terlibat Dalam Squid Game 3
BACA: Running Man Bakal Disiarkan Dalam Netflix
Sumber: Filmfare, Times of India