Siakap Keli
running man netflix
Kredit: Instagram SBS

Running Man Bakal Disiarkan Dalam Netflix

Running Man Bakal Disiarkan Dalam Netflix

Rancangan popular dari Korea Selatan, Running Man bakal disiarkan di dalam platform penstriman Netflix bermula tahun depan.

Memetik laporan Allkpop, ia merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara stesen televisyen SBS dengan Netflix untuk membawa kandungan hiburan Korea Selatan kepada penonton di seluruh dunia.

Kerjasama itu dirasmikan dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Pusat Penyiaran SBS di Mokdong, Seoul baru-baru ini. Ia dihadiri oleh Presiden SBS, Bang Mun Shin dan Naib Presiden Kandungan Korea di Netflix, Kang Dong Han.

Kredit: SBS

Melalui perjanjian itu, SBS akan menyediakan drama baharu dan sedia ada, rancangan aneka ragam dan rancangan kebudayaan melalui Netflix. Difahamkan, SBS juga akan melancarkan siaran global serentak bagi drama baharu menerusi Netflix mulai tahun depan.

Selain Running Man, rancangan hiburan lain yang akan dimasukkan ke dalam Netflix adalah Unanswered Questions, The Story of the Day When the Tail Was Bitten, Inkigayo dan Kick a Goal.

Sementara itu, drama lama yang ikonik seperti Sandglass, Hot Stove League dan The Penthouse juga boleh ditonton.

BACA: Ahli Running Man Bakal Kembali Bertemu Peminat Di Malaysia

Menerusi kerjasama itu, Netflix juga akan menyediakan sari kata dan alih suara dalam pelbagai bahasa, bersama dengan kempen promosi dan pemasaran setempat.

Presiden SBS, Bang Mun Shin berkata kerjasama terbabit akan mewujudkan peluang baharu untuk SBS dan Netflix terutamanya dalam meningkatkan jumlah penonton.

“Kerjasama ini adalah berdasarkan strategi masa depan SBS berdasarkan misi ke arah  ‘Beyond Terestrial Tv, Toward Global’.

“Justeru, penonton di seluruh dunia akan memperoleh lebih banyak akses kepada kandungan Korea Selatan,” katanya.

Pengumuman mengenai kerjasama itu sememangnya membuatkan peminat Running Man teruja kerana sudah sekian lama mereka menantikan rancangan tersebut dimasukkan ke dalam Netflix.

Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci, namun ada yang berharap agar episod lama rancangan itu turut dimasukkan.

Sumber: Allkpop, Business Korea

BACA: Pemain 456 Kembali, Trailer Terbaru Squid Game Didedahkan

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.