Siakap Keli
Selalu Mengadu Sakit Kepala
Kredit: @seraayounggg via TikTok

Kerap Sakit Kepala, Rupanya Hidap Barah Otak

Kerap Sakit Kepala, Rupanya Hidap Barah Otak

Barah otak merupakan salah satu penyakit serius yang melibatkan pertumbuhan sel-sel tidak normal di dalam otak.

Seseorang boleh menghidapi penyakit barah otak atas pelbagai faktor. Antaranya faktor genetik seperti ahli keluarga ada sejarah menghidapi penyakit yang sama dan juga faktor pendedahan kepada radiasi.

Menurut Hello Doktor, barah otak merupakan salah satu penyebab utama kematian. Antara simptom-simptom barah otak adalah seperti:

  • Loya dan muntah
  • Perubahan pada keupayaan untuk bercakap, mendengar atau melihat
  • Masalah dengan keseimbangan atau berjalan
  • Masalah dengan memori atau berfikir
  • Rasa letih dan mengantuk
  • Perubahan pada mood atau tingkah laku
  • Sakit kepala di waktu pagi

Setiap hari mengadu sakit kepala, rupanya hidap barah otak

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah suaminya yang disahkan menghidapi barah otak dengan tumor bersaiz kira-kira 7.6 sentimeter.

Bercerita tentang apa yang berlaku, @seraayounggg berkata suaminya sebelum ini kerap mengadu mengalami sakit kepala yang teruk.

Semasa sakit kepala teruk itu berlaku, suaminya adakala mengalami situasi kehilangan penglihatan sisi (periferal) terutamanya apabila bergerak ke posisi yang berbeza atau ketika memusingkan kepala.

Lebih membimbangkan, lelaki berkenaan turut menunjukkan tanda-tanda mudah lupa selain pernah beberapa kali pengsan akibat sakit kepala berpanjangan.

Mengesyaki ada yang tidak kena, mereka kemudian mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mencari jawapan apa yang sebenarnya berlaku.

Selepas menjalani pengimejan magnetik resonan (MRI) pada Ogos lepas, @seraayounggg sangat terkejut apabila suaminya disahkan menghidap kanser otak.

Barah otak berada pada tahap akhir

Tambah @seraayounggg, doktor seterusnya mencadangkan mereka untuk melakukan pembedahan segera bagi mengelak barah daripada merebak lebih teruk.

“Dia berjaya menjalani pembedahan membuang tumor, namun kehilangan sebahagian daripada lobus frontal kanan,” jelasnya lagi.

Selepas selesai menjalani pembedahan, suaminya kini menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi. Malah, pusingan pertama kedua-dua rawatan berkenaan sudah pun hampir selesai.

Video berkenaan telah menyentuh perasaan orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar rawatan suaminya berjalan dengan lancar.

Pada masa yang sama, ada juga warga maya berkongsi pengalaman yang sama apabila ada ahli keluarga mereka atau diri sendiri pernah menderita barah otak sebelum ini.

Mereka juga berharap orang ramai tidak mengambil mudah apabila mengalami sakit kepala berpanjangan, sebaliknya perlu segera ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

BACA: Anaconda Hijau Maut Digilis, 40 Ekor Anak Terburai Atas Jalan

@seraayounggg

Sorry out there to sll the hypochondriacs, get yourself checked it never hurts! ( yes the white buldging part is the tumor ) #braincancer #supriseshawty #cancer #cancerdiagnosis

♬ original sound – William Elston

@seraayounggg

My husband cancer journey, we have a rough road ahead! #braincancer #braintumor #camcerawareness #terminalcancer #cancer #cancerdiagnosis #cancerjourney

♬ You Say – Lauren Daigle

Sumber: @seraayounggg via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.