Siakap Keli
Kereta TikToker Nigeria Terbakar
Gambar: Tangkap layar TikTok

“Pasport, dokumen semua di dalam,” Kereta TikToker Nigeria Terbakar

“Pasport, dokumen semua di dalam,” Kereta TikToker Nigeria Terbakar

Sebuah jenis Perodua Axia milik TikToker Nigeria terbakar dalam satu kejadian hari ini.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik oleh Abbey Abimbola atau dikenali sebagai Abang Sado memaparkan kereta berwarna putih berkenaan sedang dijilat api termasuk dipenuhi kepulan asap hitam.

Berkemungkinan dibakar?

“Kenapa ini? Walaupun tak suka Abang Sado atau tak suka filem saya Bukan Hantu Biashe Biashe tapi kenapa ini? Sampai bakar kereta dan semua dokumen-dokumen, duit dan barang saya?” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Tambahnya, dia juga tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi, sama ada kenderaan itu dibakar ataupun sebaliknya

Netizen bersimpati dengan Abang Sado

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati dengan nasib yang menimpanya

Bahkan, ada yang menyarankan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian termasuk mendoakan urusannya dipermudahkan.

Berikut antara komen pengguna;

“Dah buat report polis belum, bang,” komen seorang pengguna.

“Sampai hati betul lah buat dia macam tu. Bukan dia ada usik bisnes orang lain. Harap pelaku dapat di kesan,” tulis pengguna lain.

Kalau tak puas hati jumpa depan-depan tak perlu bakar macam ni kesian abg sado semua barang penting ada dalam kereta tu semoga tabah selalu abang sado,” komen seorang warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah meraih lebih 100,000 tontonan dengan lebih 5,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen.

@cracky_don

Kenapa Ini? Walaupun X Suka Abg Sado Atau X Suka Filem Saya Bukan Hantu Biashe Biashe🎥 Tpi Kenapa iNi? Smpai 🚘🔥Dan Semua Documents Saya? Duit Dan Barang2 i! KENAPA INI?  #SayNoToRacism 10 Hari Lagi✍️! Lagu Abg Sado Now Available Di Semua Platform Penstriman✍️✅!! Jom Ramai2 Penuhkan Pawagam Dan Cipta Sejarah🦾! #BombSquad 💣! Sokong Filem Abg Sado🫶! Bukan Hantu Biashe Biashe🎥!! Akan Datang Di Pawagam 23 January 2025✍️! Save The Date✍️! Advertising Agency @knkvgroup @hiviralofficial Marketing Strategist: @datosubashsundaramoorthy #AbangSado #GengAbgSado #BombSquad 💣! #LaguAbgSado #LaguBHBB Anticipate #BukanHantuBiasheBiashe #BHBBTheMovie @BHBBTheMovie 🎥🫶! Believe It, Receive It! ❕ ❕ ❕ B.O.B.B Pre Production In Progress✍🏾! ❕ ❕ ❕ #CrackyDon #NollywoodActionKing #BOBBTheMovie #AARMProductions #TikTokLive #IShowSpeed #BadCopMovie #ForYourPage #BlackOutTheMovie #FYP #TikTok #Viral #Rempit #GoodVibesOnly #BukanHantuBiasheBiashe

♬ original sound – Abbey Abimbola

Sumber: TikTok @Abbey Abimbola

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: