Siakap Keli
Empat Maut Kemalangan kuching
Kredit: Gambar tular

Empat Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Stutong, Kuching

Empat Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Stutong, Kuching

KUCHING, 14 Jan (Bernama) — Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong menghala ke Jalan Lapangan Terbang Kuching, kira-kira 12.40 tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan mereka yang maut terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dan identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

“Pusat gerakan telah menerima panggilan daripada pihak hospital untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, bomba telah menggunakan peralatan Road Traffic Accident (RTA) untuk mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di kenderaan Proton Saga.

“Keseluruhan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu adalah sembilan orang, di mana tiga lelaki dan seorang wanita telah disahkan meninggal, dua mangsa masing-masing lelaki dan wanita cedera parah, serta tiga lagi mangsa lelaki mengalami cedera ringan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBM, mangsa disahkan meninggalkan dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang kritikal dan mengalami cedera ringan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dan menambah operasi tamat sepenuhnya pada 4.03 petang.

Sumber: BERNAMA

BACA: Ini Sebab Kenapa Air Laut Tidak Digunakan Untuk Padam Kebakaran

BACA: Ini Sebab Kebakaran Hutan Boleh Merebak Pantas, Sukar Dikawal

BACA: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebakaran Dahsyat Di LA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: