Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Lebat Diramal Landa Dua Negeri Hingga Awal Pagi

Iqbal Yasir
Hujan Lebat negeri
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa Dua Negeri Hingga Awal Pagi

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan dua negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 3 pagi ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Cuaca di Sarawak dijangka hujan lebat di beberapa kawasan iaitu Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna),” maklum METMalaysia dalam kenyataan tersebut.

Manakala keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka hujan hingga awal pagi.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Mungkin Tak Ada Sistem Air Di Dunia Dapat Tangani Api Kebakaran Los Angeles

BACA: JAKIM Beri Penjelasan Isu Produk Sandwich Diragui Tanda Halal

BACA: Gempa Bumi 6.9 Magnitud Landa Barat Daya Jepun, Tsunami Setinggi 20cm