Siakap Keli
ribut petir awal pagi ini
Gambar: Bernama

Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 1 pagi ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Difahamkan, keseluruhan kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan lebat.

“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera. Manakala di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

“Sementara di Sarawak pula termasuk Kanowit dan Selangau), Kapit (Song), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Beralih ke Sabah, kawasan yang dijangka hujan adalah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02z1B649MQRT2bkiFvpYbFTrv5EmTqEodqHHBt7mVEMMcRqahfsVLyUQKKkoc2fM24l

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: “Kakak dah tak tahan ibu..” Video Ibu Peluk Anak Runtun Hati Orang Ramai

BACA: Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri – METMalaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: