Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menteri Indonesia Dakwa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Tiru Idea Mereka

Athirah
zon ekonomi johor tiru indonesia
Gambar: Detik News

Menteri Indonesia Dakwa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Tiru Idea Mereka

Menteri Koordinator Sektor Perekonomian Indonesia mendakwa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) diinspirasikan daripada kejayaan Kawasan Ekonomi Khusus (KEK) yang dikembangkan negara itu.

Airlangga Hartarto berkata, pihaknya bagaimanapun tidak boleh menghalang negara luar meniru idea berkenaan dan Indonesia harus bersedia untuk bersaing.

Sebelum ini, media melaporkan kerjasama yang dijalin antara Malaysia dengan Singapura itu bertujuan untuk menarik pelaburan global ke kawasan berkenaan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong juga sepakat serta yakin JS-SEZ memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara dan mendorong pertumbuhan ekonomi serantau.

Di Indonesia, Airlangga berkata penubuhan KEK menyaksikan negara itu berhasil mengeluarkan produk-produk daripada mineral kritikal.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura ditiru dari idea KEK, dakwa Menteri Indonesia

Beliau mendakwa, negara-negara jiran Indonesia mahu meniru kejayaan itu.

“Mereka (negara-negara jiran) melihat kita mengembangkan beberapa KEK, terutamanya Malaysia, dan ia menjadi salah satu sebab Indonesia berjaya mengembangkan industri mineral kritikal.

“Jadi, mereka ingin mencontohi kejayaan itu dalam bidang inovasi digital, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan perkomputeran awan,” katanya.

Menurut ANTARA News, KEK berjaya mengumpul pelaburan sebanyak Rp82.6 trilion dan menawarkan sebanyak 42,930 pekerjaan sepanjang 2024.

KEK capai sasaran pelaburan

Secara keseluruhan sejak 2012 hingga 2024, KEK berjaya mencapai sasaran pelaburan sebanyak Rp256.7 trilion dan 156,208 peluang pekerjaan.

KEK juga dikatakan berkembang dengan pesat sejak ditubuhkan. Setakat ini, terdapat 24 buah KEK yang merangkumi sektor pembuatan, ekonomi digital, kesihatan, pendidikan dan juga penyelenggaraan pesawat.

BACA: Kebakaran LA: Angin Santa Ana Dijangka Kembali Mengganas

BACA: Uzma Bhd Berjaya Lancar Satelit Pemerhatian Bumi Resolusi Imej Tinggi

BACA: Rundingan Gencatan Senjata Gaza Hampir Dimuktamadkan – Qatar

Sumber: ANTARA News