Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Tigerair Taiwan Beri Bonus 12.8 Bulan
Kredit: Tigerair Taiwan

Tigerair Taiwan Beri Bonus 12.8 Bulan, Kenaikan Gaji Sehingga 4%

Athirah

Tigerair Taiwan Beri Bonus 12.8 Bulan, Kenaikan Gaji Sehingga 4%

Syarikat penerbangan tambang murah Taiwan, Tigerair dilapor memberi bonus hujung tahun yang sangat mewah kepada kakitangannya.

Menurut portal TVBS News, semua kakitangannya akan menerima bonus secara purata sebanyak 12.8 bulan gaji menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

Bonus yang dinikmati boleh meningkat sehingga 17.4 bulan gaji, bergantung kepada prestasi masing-masing.

Pemberian bonus lumayan itu dilapor merupakan rekod baharu dan tertinggi yang pernah diberikan oleh mana-mana syarikat penerbangan.

Tigerair Taiwan juga turut mengumumkan amaun tetap kenaikkan gaji bulanan sebanyak NT$3,000 (RM409) kepada setiap kakitangan.

Taigerair Taiwan beri bonus hujung tahun 12.8 bulan gaji dan kenaikkan gaji sehingga 4 peratus

Secara purata, setiap kakitangan syarikat penerbangan itu akan menikmati kenaikan gaji kira-kira 4 peratus untuk tahun 2025.

Menurut TVBS News, kenaikkan gaji tahunan ini juga merupakan rekod dalam industri penerbangan.

Syarikat itu yang baru menyambut ulang tahun penubuhan ke-11 menikmati pertumbuhan keuntungan luar biasa sejak pembukaan sempadan pasca pandemik.

Malah, prestasi kukuh saham sejak disenaraikan di bursa tahun lepas turut membantu kejayaan syarikat tersebut.

Terdahulu, Tigerair turut menjadi pendahulu industri dengan memperkenalkan bonus setengah tahun sebanyak tiga bulan gaji dan NT$20,000 pada 24 November lepas.

Bonus diberi selepas prestasi operasi syarikat menjadi luar biasa

Manakala bonus hujung tahun 2024 yang diumumkan pada Selesa lepas mengatasi bonus sebanyak 10.8 bulan gaji yang diberikan bagi tahun 2023.

Pemberian bonus luar biasa ini mencerminkan dedikasi Tigerair untuk memberikan ganjaran yang setimpal di atas usaha gigih kakitangannya.

Sejak dua tahun lepas, kakitangan syarikat penerbangan itu secara keseluruhan telah menikmati bonus hampir 23.6 bulan gaji, sekaligus menggambarkan komitmen tinggi Tigerair.

Difahamkan, syarikat itu menetapkan sasaran untuk mengekalkan momentum syarikat dan mencatat lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

BACA: 23 Pengadil Malaysia Terpilih Didaftarkan Sebagai Pengadil FIFA 2025

BACA: Untung Banyak, Evergreen Bagi Kakitangan Bonus 20 Bulan

BACA: Ini Senarai Platform Media Sosial Terlibat Perlesenan & Kenapa Ada Dua Lagi Tidak Memohon Lesen

Sumber: TVBS News, Focus Taiwan, Taipei Times