Kedai KK Mart Cawangan UM Didakwa Disimbah Cat Merah
Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) mendakwa premis KK Mart di Kompleks Perdana Siswa di universiti berkenaan telah disimbah dengan cat merah.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh UMANY menerusi satu hantaran di Instagram rasmi persatuan pelajar berkenaan, hari ini.
Sehubungan itu, UMANY menerusi Presidennya, Lim Jin Let menggesa pihak pentadbiran universiti bagi menjalankan siasatan yang telus dan segera menangani kebimbangan orang ramai.
Kedai KK Mart cawangan Universiti Malaya (UM) didakwa disimbah dengan cat merah
Menurut Jin Let, motif tindakan tersebut masih belum jelas dan tidak dapat dipastikan ada kena mengena dengan kontroversi sebelum ini ataupun sebaliknya.
“Merosakkan harta benda awam mungkin kelihatan kesalahan kecil, namun ia masih boleh dianggap sebagai kesalahan di bawah kesalahan pemusnahan harta menurut Seksyen 425 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, insiden berkenaan turut menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan di kampus. Malah menggesa pihak universiti mengambil langkah untuk meningkatkan keselamatan pelajar.
UMANY mohon pihak universiti segera jalankan siasatan
Antaranya memasang lebih banyak kamera pemantauan, meningkatkan rondaan keselamatan dan bekerjasama dengan UMSU untuk mewujudkan persekitaran kampus yang lebih selamat.
“Insiden ini bukan sahaja melibatkan cawangan KK Mart tetapi setiap pelajar di UM kerana tiada invidividu mengetahui siapa menjadi seterusnya,” jelas Jing Let.
BACA: Mokhzani, Mirzan Telah Isytihar Harta Berjumlah Lebih RM1 Bilion Kepada SPRM – Azam Baki
BACA: Bekas Pemain Kebangsaan, Robert Choe Kim Chwee Meninggal Dunia
Sumber: umany2u via Instagram