Segak Berbaju Melayu, Jojo Curi Perhatian Ramai Ketika Face-Off Panda Kick
Kelibat jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sewaktu sesi Face-Off mencuri perhatian apabila dia segak mengenakan busana baju melayu berwarna ungu.
Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo dilihat berjalan tanpa rasa gentar sebelum bersalaman dengan petarung dari Colombia, Johan Estupinan atau terkenal dengan nama Panda Kick menjelang pertembungan panas Jumaat nanti.
Sementara lawannya turut mengenakan sut lengkap berwarna hitam serta topi di atas kepala.

Menjengah ke ruangan komen,ย rata-rata turut mendoakan dan berharap Jojo dapat mengatasi cabaran daripada Estupinan.
Berikut antara komen warga maya;
“Johan Estupinan ni seram juga.. Harap-haraplah Jojo boleh kalahkan dia,” komen seorang pengguna.
“Estupinan bukan calang-calang. Tapi kalau Jojo tumbangkan dia. Jojo power level memang mantap,” tulis seorang pengguna lain.
“Jojo kena jaga-jaga tumbukan Estupinan sebab kalau tengok tangan panjang tangan dia. Goodluck Jojo,” komen seorang lagi warganet.
“Santai humble je Estupinan ni, apa-apa let’s go Malaysia ini bukan beyond. Jangan main-main hahaha,” tulis seorang lagi.
@jomfight Pertembungan yang dinantikan oleh peminat Muay Thai seluruh negara. Semoga kemenangan berpihak kepada Jojo ๐ช๐ป๐ฒ๐พ #sukanditiktok #onechampionship #johanghazali #jojo #johanestupinan #muaythai #thailand #fyp
โฌ nhแบกc nแปn – ๐๐ข๐๐ฎ ๐๐ฒ ๐ – ๐๐ข๐๐ฎ ๐๐ฒ ๐
Untuk maklumat, Jojo bakal turun menentang Panda Kick dalam tiga pusingan flyweight bagi aksi ONE 170 di Impact Arena, Bangkok, Thailand pada Jumaat ini.
Sudah tentu ramai peminat muay thai tanah air sudah tidak sabar menantikan kelibat Jojo di dalam gelanggang. Apatah lagi, dia kini dalam misi memburu kemenangan ketujuh daripada lapan penampilan dalam kejohanan berkenaan.
Bagaimanapun, laluan petarung berusia 18 dari Sarawak itu tidaklah mudah ekoran Estupinan memiliki rekod 100 peratus tanpa tewas dan jauh lebih berpengalaman.
Rekod kedua-dua petarung memaparkan, Jojo dengan 25-7 manakala Panda Kick 26-0.
Sumber: TikTok @jom fight