Siakap Keli
kebakaran baharu Los Angeles
Kredit: AFP

Kebakaran Baharu Tercetus Di Utara Los Angeles

Amerika Syarikat — Kebakaran baharu tercetus di utara Los Angeles pada Rabu sehingga memaksa puluhan ribu orang berpindah, lapor AFP.

Menurut laporan, api yang mengganas telah ‘melahap’ lereng bukit berhampiran Tasik Castaic. Digelar sebagai kebakaran Hughes, ia dikatakan merebak dengan sangat pantas meliputi lebih 8,000 ekar dalam masa beberapa jam sahaja.

Keadaan itu juga turut didorong oleh angin Santa Ana yang kuat dan kering di kawasan tersebut sehingga menimbulkan kepulan asap yang besar dan bara api berbahaya.

Susulan itu, 31,000 orang di sekitar tasik tersebut dan bandar Santa Clarita telah dipindahkan.

“Saya hanya berdoa agar rumah kami tidak hangus,” kata seorang penduduk.

Dalam pada itu, pegawai dari Jabatan Sheriff Daerah Los Angeles, Robert Jensen, turut menggesa orang ramai di kawasan yang terjejas akibat kebakaran tersebut supaya beredar dengan segera.

“Kami telah melihat kemusnahan menerusi kebakaran Palisades dan Eaton sebelum ini yang disebabkan oleh kegagalan orang ramai untuk mematuhi arahan tersebut.

“Saya tidak mahu ia berulang dalam komuniti di sini. Jika anda diberi arahan untuk berpindah, sila bertindak segera,” tegasnya.

BACA: Kebakaran LA: Digelar ‘Angin Syaitan’, Kenali Santa Ana

Pada masa yang sama, Sheriff Daerah Los Angeles, Robert Luna, berkata kira-kira 500 banduan di Pusat Tahanan Pitchess di Castaic telah dipindahkan ke kemudahan di daerah lain.

Peronda Lebuhraya California pula berkata kebakaran itu menjejaskan lalu lintas di lebuh raya 15 dan menyaksikan jalan sepanjang Pantai Barat Amerika Syarikat itu ditutup.

Memetik AFP, helikopter dan pesawat dilihat berada di tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Pakar Meteorologi, Daniel Swain berkata kebakaran tersebut amat membimbangkan.

“Berita baiknya, ada helikopter untuk padam kebakaran. Berita buruknya ialah angin kuat akan melanda kawasan tersebut dan mungkin helikopter itu tidak dapat terbang.

“Ada kemungkinan kebakaran ini akan melarat ke Ventura County dan ia bukan tempat yang baik untuk berlaku kebakaran kerana terdapat tempat bahan api yang sangat padat di seluruh wilayah ini.

“Malangnya, kebakaran ini berpotensi menjadi sangat besar dalam keadaan tersebut,” katanya.

Walaupun Januari adalah pertengahan musim hujan di rantau ini, California Selatan tidak menerima sebarang hujan yang ketara dalam tempoh masa sekitar lapan bulan, menjadikannya kawasan luar bandar yang kering.

Sumber: AFP

BACA JUGA: “3 Anak Kongsi 1 Bilik,” Bapa Sedih Kenang Anak Tidur Berhimpit, Silap Percaturan Beli Rumah

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.