Siakap Keli
pegawai tentera disedut enjin
Kredit: Ou Su-mei/Taipei Times

Pegawai Tentera Maut Disedut Enjin Jet Pejuang 

Pegawai Tentera Maut Disedut Enjin Jet Pejuang 

Taiwan — Seorang pegawai tentera udara terbunuh selepas disedut ke dalam enjin sebuah jet pejuang ketika pemeriksaan rutin di Pangkalan Tentera Udara Ching Chuan Kang, Taichung pada Selasa.

Pejabat Pemerintah Tentera Udara Taiwan berkata kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu menyaksikan pegawai bernama Hu sedang memasang roda jet Pejuang Pertahanan Orang Asli sebelum dia disedut masuk ke dalam enjin jet.

Bagaimanapun, punca kejadian itu masih tidak diketahui, lapor Taipei Times.

Mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan, namun dia tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pihak tentera udara bersimpati di atas insiden yang menimpa mangsa dan berikrar untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang menyiasat kejadian itu.

Mereka juga akan membantu keluarga mangsa dan menjalankan semakan menyeluruh untuk menambah baik prosedur penerbangan. Ia bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

BACA: Kebakaran Baharu Tercetus Di Utara Los Angeles

Menurut Taipei Times, Hu telah berkhidmat dalam tentera selama kira-kira 17 tahun.

Sementara itu, seorang pakar penerbangan yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia tidak menyangka kejadian seumpama itu akan berlaku. Tambahan pula, peluang untuk seseorang disedut masuk oleh enjin pesawat itu adalah sangat tipis.

Ujarnya, kelajuan motor berada pada putaran siap sedia yang perlahan selepas pesawat mendarat. Ia sepatutnya berhenti semasa chocks roda sedang digunakan.

Beliau juga menambah bahawa tidak akan ada masa untuk enjin memecut dan menarik sesiapa masuk.

Dalam pada itu, bukaan masuk enjin jet itu adalah agak kecil berbanding dengan enjin tunggal F-16.

Jelas sumber itu lagi, kejadian tersebut tidak sukar untuk disiasat kerana ada kamera keselamatan dipasang di hangar.

Sumber: Taipei Times, CNA

BACA JUGA: “3 Anak Kongsi 1 Bilik,” Bapa Sedih Kenang Anak Tidur Berhimpit, Silap Percaturan Beli Rumah

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.