Saintis Dedah Gambar Galaksi Bima Sakti Paling Tepat
Kapal angkasa Gaia milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) dilapor telah menyelesaikan fasa pemantauan langit Galaksi Bima Sakiti yang berjalan selama bertahun-tahun lamanya.
Dalam misi berkenaan, kapal berkenaan merekodkan lebih daripada tiga trilion pemerhatian terhadap kira-kira dua bilion bintang serta objek-objek angkasa lepas yang lain.
Menurut ESA, pencapaian luar biasa itu kini telah merevolusikan pandangan manusia tentang aktiviti kosmik dan galaksi secara keseluruhan.
Beroperasi selama 11 tahun, data-data yang dikumpul oleh kapal angkasa lepas itu kini dapat membantu para saintis untuk menghasilkan peta Galaksi Bima Sakti yang paling tepat setakat ini.
Gaia menghasilkan peta Bima Sakti yang terbaik
Menurut ESA, Gaia bertindak memetakan kedudukan, jarak, pergerakan, perubahan, kecerahan, komposisi dan pelbagai ciri bintang yang lain dengan menggunaka tiga instrumen.
Hasilnya, kapal angkasa itu berjaya memenuhi matlamat utama untuk membantu saintis bukan sahaja membina peta Galaksi Bima Sakti paling tepat, malah yang terbesar pernah dihasilkan manusia.
Malah, saintis turut mendedahkan bahawa data-data Gaia juga mengandungi perbezaan yang ketara berbanding model-model terdahulu yang dibina untuk memahami Bima Sakti.
Antaranya cara saintis memahami putara bar pusat galaksi, lenturan cakera, struktur terperinci lengan spiral dan debu antara bintang berhampiran matahari.
BACA: Hujan Lebat Diramal Badai 11 Negeri Sehingga 7 Petang Ini
Sumber: ESA.Int