Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tunggul Pokok Kelapa
Kredit: @mohdamirfaizal via TikTok
Tiada Kategori

Rupanya Ini Sebab Tunggul Dibiar Bila Tebang Pokok Kelapa

Athirah

Rupanya Ini Sebab Tunggul Dibiar Bila Tebang Pokok Kelapa

Pokok kelapa merupakan tumbuhan tropika yang serbaguna dan memberi banyak manfaat kepada manusia.

Buahnya mengandungi air yang sangat segar untuk diminum. Isi kelapa boleh diperah untuk mendapatkan santan. Sabut dan tempurung kelapa boleh dijadikan bahan bakar.

Lidi kelapa pula boleh dibuat penyapu manakala batangnya boleh digunakan untuk membina struktur tertentu seperti jambatan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, benih pokok kelapa yang ditanam di kawasan kampung biasanya boleh tumbuh sangat tinggi.

Apabila sudah tua, pokok kelapa yang ditanam berdekatan kawasan rumah boleh menjadi sangat bahaya, terutamanya ketika musim angin kuat.

Bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku, maka ada pemilik yang memilih untuk menebang pokok kelapa masing-masing.

Lelaki jelaskan sebab utama tunggul pokok kelapa tidak dipotong

Namun sekiranya anda perasan, pokok kelapa jarang ditebang habis sehingga ke kawasan pangkal. Biasanya, bahagian batang berdekatan dengan akar akan ditinggalkan dan menjadi tunggul kelapa.

Lalu timbul pertanyaan, kenapa bahagian tunggul itu dibiarkan?

Seorang pengguna TikTok, @mohdamirfaizal baru-baru ini memuat naik satu video bagi menjawab persoalan tersebut.

Menurut Amir Faizal, bahagian akar yang kelihatan berdekatan kawasan batang yang biasa ditebang itu sebenarnya suatu ketika berada di dalam tanah.

Apabila pokok kelapa membesar, akar berkenaan akan timbul dan membawa batu-batu kecil bersama. Jika dilihat secara dekat, batu-batu kecil itu jelas kelihatan terperangkap di celah-celah akar yang timbul.

Boleh sebabkan mata peralatan menebang tumpul atau rosak

Sekiranya ditebang bersama akar berkenaan, batu-batu kecil tersebut boleh menyebabkan peralatan menebang seperti mata gergaji mengalami kerosakan.

“Ia berisiko menjadikan mata gergaji menjadi tumpul dan sebab itulah penebang tidak mahu memotong pokok kelapa sehingga ke akar,” kata @mohdamirfaizal.

Jadi, akar berkenaan perlu dicabut menggunakan jentera pengorek, dibakar ataupun dibiarkan mereput seiring dengan peredaran masa.

BACA: Pemilik Rumah Tak Mahu Pindah, Kini Kesal Selepas Lebuh Raya Hampir Siap

BACA: Arab Saudi Rancang Pelaburan US$600 Bilion Untuk Tingkatkan Hubungan Dengan AS

BACA: 2.4 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pulau Pinang Sempena Tahun Baru Cina

BACA: DOF Tegas Tidak Pernah Jemput Mana-mana Individu Jalani Latihan Di Akademi Perikanan

Sumber: mohdamirfaizal via TikTok