Siakap Keli
Nilai Pasaran Tertinggi
Kredit: BERNAMA

5 Pemain Bola Sepak Malaysia Dengan Nilai Pasaran Tertinggi

5 Pemain Bola Sepak Malaysia Dengan Nilai Pasaran Tertinggi

Dalam dunia bola sepak profesional, setiap pemain dianggap sebagai aset bernilai tinggi.

Mereka mempunyai nilai pasaran (market value) tersendiri yang mencerminkan “harga”, kepentingan serta bakat yang dimiliki.

Nilai ini bukan sahaja relevan kepada kelab bola sepak, tetapi turut menarik perhatian penaja dan media.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi nilai pasaran seseorang pemain, termasuklah umur dan potensi kebolehpasaran mereka.

Pemain yang menunjukkan konsistensi dalam prestasi dan memiliki bakat luar biasa lazimnya mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi.

Begitu juga dengan pemain muda yang berpotensi untuk beraksi lebih lama, pasti mempunyai nilai jualan semula (resale value) yang tinggi.

Nilai pasaran seseorang pemain sangat penting kerana kebolehpasarannya dapat meningkatkan reputasi kelab dan menarik lebih ramai penaja serta liputan media.

Top 5 Pemain Bola Sepak Malaysia Dengan Nilai Pasaran Tertinggi 2024

1. Dion Cools – 800,000 euro (kira-kira RM3.70 juta)

Dion Cools, pemain pertahanan kanan kelab Buriram United, memegang nilai pasaran sebanyak 800,000 euro pada tahun 2024.

Nilai ini meningkat berbanding 750,000 euro pada tahun sebelumnya, mencerminkan prestasi yang semakin baik.

Namun begitu, rekod nilai pasaran tertinggi Dion adalah pada tahun 2019, dengan 3 juta euro (RM13.84 juta).

2. Arif Aiman – 600,000 euro (kira-kira RM2.79 juta)

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman, menunjukkan prestasi cemerlang dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ini menyumbang kepada peningkatan nilai pasarannya daripada 550,000 euro pada tahun 2023 kepada 600,000 euro pada tahun 2024.

3. Matthew Davies – 459,000 euro (kira-kira RM2.13 juta)

Matthew Davies, seorang lagi pemain JDT yang beraksi di posisi pertahanan kanan, mencatat nilai pasaran sebanyak 459,000 euro.

Nilai ini meningkat berbanding tahun sebelumnya, iaitu 400,000 euro, menandakan peningkatan prestasinya.

4. Faisal Halim – 350,000 euro (kira-kira RM1.62 juta)

Pemain sayap kiri Selangor FC, Faisal Halim, memiliki bakat luar biasa walaupun nilai pasarannya menurun dari 400,000 euro pada tahun 2023 kepada 350,000 euro pada tahun 2024.

Penurunan ini dipercayai akibat insiden yang berlaku pada Mei 2024.

Namun, Faisal Halim masih menjadi salah seorang pemain yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia.

5. Syihan Hazmi – 325,000 euro (kira-kira RM1.51 juta)

Penjaga gol JDT, Syihan Hazmi, mencatat nilai pasaran sebanyak 325,000 euro.

Kedudukan penjaga gol sering menjadi posisi strategik yang meningkatkan nilai pasaran kerana permintaan tinggi daripada kelab-kelab lain.

BACA: Ini Nilai Pasaran Semasa Pemain Bola Sepak Malaysia, Arif Aiman

BACA: Malaysia Termasuk Dalam Senarai Destinasi Pelancongan Terbaik 2025

BACA:  7 Negara Telah ‘Hilang’ Dari Peta Dunia

Sumber: Transfermarkt, Research Gate, Football Whispers

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.