Mimi Fly Kongsi Mesej Terakhir Jojo “One Nation Emcees”
Penyanyi Mimi Fly meluahkan rasa sedih atas pemergian rakan seperjuangannya, Jojo, yang juga bekas anggota kumpulan “One Nation Emcees”, pada Ahad.
Mimi, yang pernah bersama Jojo dalam kumpulan itu, menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat mengenali Jojo atau nama sebenarnya, Nur Hasan Balas, 50.
“Terima kasih, Jo. Mimi rasa bertuah sebab dapat mengenali Jojo.
“Kalau tak kerana Jojo, mungkin Mimi tak kenal apa erti cinta dan persahabatan. Mimi akan ingat sampai bila-bila, Jo,” tulisnya di Instagram.
Dalam entri tersebut, Mimi turut mengenang keperibadian Jojo yang sentiasa disenangi dan mudah bekerjasama.
“Forever my person. Thank you for your love. You love everyone, sikit pun tak pernah berkasar dengan orang.
“Kami yang rapat dengan Jojo banyak belajar apa itu cinta,” coretnya lagi.
Mesej terakhir Allahyarham
Mimi juga berkongsi tangkap layar perbualan mesej terakhirnya bersama Jojo melalui Insta Stories.
Dalam mesej itu, Jojo memuji lagu baharu Mimi bertajuk “Angkat”.
“Lagu Angkat itu berhantu la. Dari semalam sampai sekarang teringat-ingat. Sangat-sangat suka,” tulis Jojo dalam mesej tersebut.
Difahamkan, Jojo pernah diserang angin ahmar sebelum ini.
Namun, pemergiannya mengejutkan ramai apabila dia rebah semasa menghadiri majlis perjumpaan kumpulan tabligh di Masjid Sri Petaling, Selangor, pada Ahad.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jalil sekitar jam 6.45 petang, hari yang sama.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Rohayu, 37, dan seorang anak perempuan, Mariam, 7.
Pemergian Jojo merupakan kehilangan besar buat keluarga, rakan dan industri seni tanah air.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
BACA: Jojo “One Nation Emcees” Meninggal Dunia
BACA: Enam Selebriti Gred A Dipilih Sebagai Wajah Rasmi Amber
BACA: Hidayah Kongsi Sambut Hari Lahir Abam Undang Sebak Ramai
Sumber: Astro Gempak