Siakap Keli
Perkara mengejutkan di Malaysia
Kredit: Instagram @zhurchika

Pelancong Wanita Kongsi Perkara ‘Mengejutkan’ Di Malaysia

Pelancong Wanita Kongsi Perkara ‘Mengejutkan’ Di Malaysia

Umum diketahui, Malaysia adalah salah satu destinasi yang menjadi ‘tempat wajib dilawati’ oleh pelancong dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Sebagai rakyat tempatan, kita mungkin sudah biasa dengan pelbagai perkara yang ada di sekeliling kita.

Namun, bagi para pelancong yang datang ke negara ini, banyak perkara yang pasti menarik perhatian mereka.

Baru-baru ini, seorang pelancong wanita mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalamannya semasa melawat ibu kota Malaysia.

Menurutnya, terdapat banyak perkara yang “mengejutkan” di Kuala Lumpur, antaranya:

1. Minuman bungkus plastik atau “air gantung”

Bagi kita, “air gantung” yang dibungkus kemas dalam plastik lut sinar dan digantung pada motosikal atau tangan sudah menjadi satu ‘tradisi’ biasa.

Namun, bagi pelancong, ini merupakan sesuatu yang agak luar biasa.

Di negara asal mereka, minuman biasanya dibungkus dalam cawan atau botol, bukannya dalam plastik seperti yang biasa kita lihat di sini.

2. Kesesakan lalu lintas

Pengalaman di Kuala Lumpur tidak akan lengkap tanpa membincangkan tentang kesesakan lalu lintas.

Mana tidaknya, ramai terkejut dengan keadaan trafik di ibu kota itu, termasuklah wanita ini yang menggambarkannya sebagai “crazy traffic”.

Untuk info, berdasarkan laporan TomTom Traffic Index 2024, Kuala Lumpur berada di kedudukan kelima di Malaysia dalam hal kesesakan lalu lintas.

Purata masa perjalanan di ibu kota ini adalah sekitar 17 minit 26 saat dengan kadar kesesakan sebanyak 28 peratus.

Namun, yang lebih mengejutkan adalah George Town di Pulau Pinang yang mencatatkan tahap kesesakan tertinggi di Malaysia, diikuti oleh Kota Bharu di Kelantan.

3. Sos cili di mana-mana

Menariknya, wanita ini ‘terkejut’ mendapati bahawa sos cili boleh didapati di hampir setiap kedai makan yang ada di Kuala Lumpur.

Bagi rakyat Malaysia, sambal atau sos cili ‘wajib’ ada, kerana makan tanpa sambal atau sos cili ibarat makan nasi tanpa lauk, ia seperti tidak sempurna.

4. Perumahan yang “mampu milik”

Bagi rakyat tempatan, memiliki rumah mungkin kelihatan seperti satu impian yang sukar dicapai, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar.

Harga rumah dan kos kehidupan yang tinggi menyebabkan ramai merasa tertekan dalam usaha untuk memiliki kediaman sendiri.

Namun, dari perspektif pelancong, harga rumah atau sewa di Malaysia dilihat sangat berpatutan jika dibandingkan dengan negara asal mereka.

Buktinya, seorang Mat Saleh yang telah lama menetap di Malaysia berkongsi pengalaman menarik tentang bagaimana negara ini telah ‘merealisasikan’ impiannya untuk memiliki rumah idaman.

Beliau kini tinggal di sebuah kondominium dengan kadar sewa RM2,800 sebulan, lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium.

“Saya boleh melihat Menara Berkembar Petronas dan menikmati pemandangan indah bandar dari rumah saya,” katanya, sambil menggambarkan kepuasan hidupnya di ibu kota.

https://www.instagram.com/p/DEzVq_APdoD/

BACA: Mat Saleh Kongsi Sebab Pilih Malaysia Sebagai “Tempat Bersara”

BACA: Minah Saleh Kongsi Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia

BACA: Gadis Jepun ‘Terkejut’, Kongsi Pengalaman Naik Tren Di Malaysia

Sumber: Instagram @zhurchika

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: