Diiktiraf MIROS, Ini Senarai Dashcam Terbaik Untuk Kenderaan
Seperti yang diketahui, kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ ibarat satu keperluan untuk setiap kenderaan di atas jalan raya.
Apatah lagi pelbagai berita yang memaparkan tentang kemalangan di jalan raya.
Penciptaan dashcam ini sekurang-kurang dapat menjadi bahan bukti kepada pemilik kenderaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Lebih-lebih lagi video yang dirakam teknologi ini bukan sahaja dapat dijadikan bahan bukti dalam memudahkan urusan tuntutan pampasan atau insurans, namun ia juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan.
Secara tidak langsung ia menjadi salah satu aksesori kereta yang perlu ada.
Bagi mereka yang ingin mencari dashcam untuk dipasangkan pada kenderaan, sudah tentu tertanya-tanya, yang manakah mempunyai kualiti yang baik.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan senarai dashcam terbaik untuk digunakan oleh kenderaan di bawah.
Senarai Dashcam Terbaik Untuk Kenderaan
Dalam pemilihan dashcam, tentu ramai yang ingin memastikan teknologi yang dipakai mendapat pengiktirafan atau mendapat kelulusan keselamatan daripada agensi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia Institute of Road Safety Research (MIROS) baru-baru ini, membuat senarai kemas kini senarai dashcam terbaik yang berada di dalam pasaran termasuk ciri keselamatannya.
Senarai dashcam terbaik;
Apa itu CAMSCORE?
Untuk makluman, CAMSCORE adalah program penarafan bintang yang dibangunkan oleh MIROS dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia.
Program ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang di bawah Memorandum Persefahaman yang ditandatangani antara MIROS dan CyberSecurity Malaysia.
Secara umum, program CAMSCORE menjalankan penarafan bintang untuk produk kamera papan pemuka (dashcam) yang dijual di Malaysia.
Fasa permulaan (Fasa 1) CAMSCORE menilai spesifikasi dashcam melalui tiga ciri iaitu ciri asas, ciri termaju, dan ciri bantuan pemanduan ADAS.
Dengan program CAMSCORE, pengguna tidak hanya dapat mempelajari lebih lanjut tentang kualiti sesuatu kamera papan pemuka (dashcam) tetapi juga membantu mereka memastikan bahawa pembelian kamera papan pemuka (dashcam) mereka adalah berbaloi dengan harga yang dibayar.
Sumber: MIROS