Tular Di Media Sosial, Pakar Jelaskan Disebalik Fenomena “Hujan Labah-labah”
Fenomena ratusan ekor labah-labah seperti jatuh dari langit dilapor berlaku di Brazil telah meraih perhatian dunia, baru-baru ini.
Menurut Daily Mail, kejadian luar biasa itu telah dirakam di Sao Thome das Letra, kawasan pedalaman di selatan Minas Gerais.
Ahli biologi, Kayron Passos menjelaskan ratusan labah-labah itu sebenarnya sedang berada di atas jaring yang besar dan sedang menjalani proses mengawan.
“Fenomena ini dipanggil aktiviti seksual, di mana labah-labah betina mempunyai organ biologi iaitu spermatheca. Haiwan ini menyimpan sperma dari labah-labah jantan untuk menyuburkan telur,” katanya.
Kayron Passos turut memaklumkan labah-labah betina dapat memastikan ia mempunyai beberapa keturunan yang berbeza dan meningkatkan kebolehubahan genetik dengan cara ini.
Koloni labah-labah betina akan terbentuk setiap tahun
Menurut Daily Mail, ahli biologi tersebut menjelaskan labah-labah betina terus mengumpul air mani untuk digunakan pada kemudian hari walaupun sudah menyuburkan telurnya.
“Perilaku ini meningkatkan ketahanan, menjadikan keturunannya kuat melawan sebarang penyakit,” kata Kayron Passos.
Sementara itu, ahli arachnologi, Ana Lucia Tourinho berkata bahawa walaupun labah-labah tidak tinggal bersama, namun beberapa spesies akan menunjukkan lebih banyak ‘perilaku sosial’.
“Labah-labah secara amnya tidak tinggal bersama, tetapi beberapa spesies memaparkan perilaku sosial ini dengan membentuk koloni
Mudahkan dapat bekalan makanan
“Strategi tinggal bersama dalam kumpulan meningkatkan bekalan makanan untuk keturunan dan anak-anaknya,” kata Ana yang merupakan pakar pengkaji labah-labah selama hampir tiga dekad.
Menurut Daily Mail, koloni biasanya akan terbentuk setiap tahun, malah haiwan ini mempunyai pertalian saudara-mara, yang mana generasi ibu dan anak labah-labah.
Namun begitu, labah-labah betina dipercayai akan mula menyebar selepas mereka selesai menjalani proses mengawan.
BACA: Chef Terkenal New Zealand Iktiraf Nasi Goreng Malaysia Paling Sedap
BACA: Terus Menjunam, Pesawat Terhempas Dekat Pusat Beli-Belah Di Amerika
BACA: Baru Tiba Di Besut, Lelaki Hiba Isteri Meninggal Terlibat Kemalangan Di Klang
BACA: Ini Senarai Platform Media Sosial Terlibat Perlesenan & Kenapa Ada Dua Lagi Tidak Memohon Lesen
Sumber: Daily Mail