Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

China Kenakan Cukai 15 Peratus Ke Atas Arang Batu & LNG Dari AS – Majlis Negara 

Azizah Najib
china kenakan cukai
Kredit Gambar Hiasan: AFP

China Kenakan Cukai 15 Peratus Ke Atas Arang Batu & LNG Dari AS – Majlis Negara

BEIJING, 4 Feb (Bernama) — China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS), menurut kenyataan daripada jawatankuasa tarif dan pengelasan Majlis Negara China yang dikeluarkan pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

BACA JUGA: Trump Tangguh Tarif Ke Atas Kanada, Mexico

Cukai tambahan akan dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang diimport dari Amerika Syarikat berkuat kuasa 10 Feb, menurut kenyataan itu. Selain cukai 15 peratus, cukai 10 peratus juga dikenakan ke atas minyak mentah, jentera pertanian, kenderaan berkapasiti besar dan trak pikap dari AS.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: 85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Kenaikan Tarif Elektrik – Anwar