Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Talita Gembira, Impian Jadi Penyanyi Akhirnya Tercapai
Anak kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra, mengakui berasa gembira apabila cita-citanya untuk menjadi seorang penyanyi serta menceburi dunia seni akhirnya tercapai.
Perasaan tersebut dikongsikan Talita dalam satu temu bual eksklusif menerusi saluran podcast Hey Korangz menerusi TikTok, yang menjadi perhatian ramai.
Dalam temu bual itu, Talita tidak dapat menyembunyikan rasa sayang dan rindu terhadap arwah ibunya, penyanyi tersohor Siti Sarah Raissuddin.
Talita percaya bahawa andai ibunya di sisi, beliau pasti bangga dengan pencapaiannya kini.
“Kalau arwah ibu saya (Siti Sarah) berada di sini sekarang, saya rasa dia pasti akan rasa bangga dengan saya,” katanya.
Dia turut berkongsi bagaimana perasaan sedih dan gembira bercampur-baur apabila impiannya mula menjadi kenyataan.
“Saya gembira tapi dalam masa yang sama sedih sebab dapat capai apa yang saya impikan. Saya mahu jadi penyanyi.
“Saya beritahu kepada mummy (Watie) nak jadi penyanyi dan doa itu seperti makbul. Kemudian dia kata okay saya kena tunjukkan yang saya boleh,” katanya lagi.
Dalam temu bual tersebut, Talita turut mendedahkan bahawa dia mungkin akan melancarkan lagu pertamanya dalam masa terdekat.
“Daddy (Shuib) kata saya akan ada lagu nanti, cuma tak tahu bila. Insya-Allah doakan,” ujar Talita mengharapkan doa dan sokongan daripada peminat.
Talita sebelumnya mencuri perhatian umum selepas membuat persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia memilih untuk mendendangkan lagu popular arwah ibunya berjudul “Kesetiaan”.
Namun, rasa rindu terhadap bondanya yang tercinta membuatkan Talita tidak dapat menahan sebak sepanjang persembahan tersebut.
Tangisan gadis kecil itu juga mengundang rasa sebak dalam kalangan penonton yang hadir.
BACA: Mimi Fly Kongsi Mesej Terakhir Jojo “One Nation Emcees”
BACA: Hidayah Kongsi Sambut Hari Lahir Abam Undang Sebak Ramai
BACA: Khabib Perjelas Isu Dihalau Keluar Dari Pesawat
Sumber: Astro Gempak, TikTok @heykorangz8