Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelancong Cedera Jatuh Dari Tingkat Tujuh Pusat Beli-Belah

Hannah
Pelancong jatuh tingkat tujuh
Gambar: Orang awam

Pelancong Cedera Jatuh Dari Tingkat Tujuh Pusat Beli-Belah

GEORGE TOWN, 5 Feb (Bernama) — Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan lelaki berusia 25 tahun itu pada 1.55 tengah hari.

“Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dalam keadaan sedar menggunakan ambulans pada 2.20 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu beberapa keping gambar tular menerusi media sosial memapar seorang lelaki terjatuh atas bumbung replika bangunan dekorasi Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli-belah di sini.

BACA: KKM Batal Notifkasi Lima Produk Komestik Mengandungi Racun Berjadual

BACA: AS Ambil Alih Gaza: Pendirian Malaysia Tidak Berubah Terhadap Palestin – PM Anwar

BACA: Garis Panduan Muslim Hadiri Majlis Perayaan Bukan Islam Dimuktamad Hujung Bulan Ini

Sumber: BERNAMA