Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pesawat hilang alaska
Kredit: AFP

Pesawat Hilang Di Alaska Ditemui Terhempas, Semua Penumpang Maut

Athirah

Pesawat Hilang Di Alaska Ditemui Terhempas, Semua Penumpang Maut

Serpihan pesawat yang dilaporkan hilang di Alaska telah ditemui pada Jumaat dan kesemua 10 individu di dalam pesawat itu dipercayai telah terkorban, lapor AFP.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) berkata, pihaknya telah menemui serpihan pesawat Bering Air Caravan kira-kira 34 batu (55 kilometer) dari Nome.

“Tiga individu dijumpai di dalam pesawat dan telah meninggal dunia

“Manakala tujuh orang lagi turut dipercayai berada di dalam pesawat itu tetapi keadaan pesawat yang sebegitu membuatkan kami sukar untuk mengaksesnya,” ujarnya di media sosial.

BACA: Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni

Dalam pada itu, Jabatan Bomba Sukarela Nome yang turut terlibat dalam usaha mencari pesawat itu memaklumkan bahawa mereka membantu dalam usaha pemulihan melalui hantaran di Facebook.

“Pasukan mencari dan menyelamat Nome sedang mengumpulkan bantuan daripada Pengawal Kebangsaan Udara Alaska dengan usaha pencarian,” katanya.

Polis Negeri Alaska memberitahu pesawat yang dikendalikan secara persendirian itu, bersama sembilan penumpang dan seorang juruterbang dilaporkan lewat tiba dalam penerbangan dari Unalakleet ke Nome.

Kedua-dua bandar ini terletak kira-kira 150 batu di seberang Norton Sound, di pantai barat negeri berkenaan.

BACA: Hebat, Murid PASTI Muncul Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris

Difahamkan, kedudukan terakhir pesawat terbabit adalah di atas perairan kira-kira 40 minit selepas berlepas.

AFP berkata, nahas pesawat itu adalah insiden terbaharu dalam rentetan bencana penerbangan di Amerika Syarikat.

Pada 30 Januari lalu, sebuah pesawat penumpang bertembung di udara dengan helikopter Tentera Darat AS di Washington, mengorbankan kesemua 67 orang di dalam kedua-dua pesawat.

Tragedi itu diikuti dengan nahas sebuah pesawat perubatan yang terhempas di kawasan kejiranan sibuk di Philadelphia, selain mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 19 yang lain.

Sumber: AFP

BACA: Pesawat Bawa 10 Orang Dilapor Hilang Di Alaska