Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kanak-Kanak Berdepan Tuntutan Cecah RM178 Ribu
Seorang kanak-kanak lelaki di China mencetuskan kekecohan besar apabila membakar mercun dan membalingnya ke dalam saluran pembetung.
Berdasarkan video yang tular sebelumnya, tindakan tersebut dilihat menyebabkan letupan kuat yang merosakkan beberapa kereta mewah.
Difahamkan, insiden yang berlaku pada 30 Januari itu menyebabkan lapan buah kenderaan termasuk Porsche, BMW dan Audi mengalami kerosakan.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya ditahan polis kira-kira sejam selepas kejadian.
Dia kemudiannya dibawa ke balai polis bersama ibu bapanya untuk disoal siasat.
Akibatnya, keluarga kanak-kanak terbabit kini berdepan tuntutan jumlah kerugian yang dianggarkan mencecah 285,000 yuan (kira-kira RM178,000).
Syarikat insurans China Pacific Insurance menganggarkan kerugian ke atas tiga kenderaan iaitu Lincoln, Lexus dan BMW masing-masing berjumlah 100,000 yuan (sekitar RM62,000), 60,000 yuan (sekitar RM37,000) dan 6,000 yuan (sekitar RM3,700).
Sementara itu, Ping An Insurance menganggarkan kos kerosakan sebuah Porsche ialah 40,000 yuan (sekitar RM25,000) manakala kenderaan Li Auto pula sekitar 15,000 yuan (sekitar RM9,300).
Menurut laporan Jiupai News, keluarga kanak-kanak itu dijangka menanggung sebahagian besar jumlah kerugian.
Peguam dari Firma Guaman Beijing Zhong Wen, Tan Mintao, menjelaskan bahawa syarikat insurans berhak membuat tuntutan kepada penjaga kanak-kanak setelah membayar pampasan.
“Jika keluarga kanak-kanak tersebut dapat membuktikan terdapat kecuaian dalam pengurusan sistem pembetung, tanggungjawab boleh dikongsi,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa sekiranya pemilik restoran mengarahkan pelanggan meletakkan kenderaan di kawasan yang bukan tempat letak kereta berlesen, mereka juga boleh dipertanggungjawabkan.
Namun begitu, Tan menegaskan bahawa tanggungjawab utama tetap terletak pada penjaga kanak-kanak berkenaan.
BACA: Kemungkinan Asteroid 2024 YR4 ‘Hentam’ Bumi Meningkat
BACA: 4 Dakwaan Mengenai DeepSeek Yang Anda Perlu Tahu
Sumber: SCMP