Patut Ramai Dah Mula Plan Nak ‘Jenguk’ Hokkaido, Rupanya Ada ‘Udang Di Sebalik Batu’
Sejak dua menjak ini, nama Hokkaido mula menjadi pilihan ramai orang yang sangat sukakan percutian. Entah datang dari mana khabar angin, Hokkaido sering disebut-sebut sebagai tempat pelancongan paling ideal buat masa sekarang sehingga hujung Mac nanti. Apa yang ada sebenarnya, katanya ramai yang nak ke sana disebab ada ‘udang di sebalik batu’. Apa yang ada sebenarnya?
Hokkaido merupakan pulau paling utara di Jepun dan sangat terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Bukan takat itu sahaja, kalau nak cakap pasal makanan laut yang segar, nama Hokkaido juga tidak terlepas daripadanya.
Namun, apa yang paling menarik perhatian ramai orang di Hokkaido adalah tentang keindahan musim sejuk diiringi dengan deraian salji yang turun. Patutlah orang cakap ‘ada udang di sebalik batu’, di sebalik keasyikan salji, rupanya ada banyak lagi tarikan yang boleh dilawati atau dilakukan di Hokkaido ketika musim sejuk.
“Salji yang turun tidak pernah tergesa, namun tetap menyelimuti dunia dengan keindahannya”
Apa yang seronok sangat dengan Hokkaido?
Boleh dikatakan, Hokkaido adalah lokasi terbaik di Jepun untuk para pengembara melancong ketika musim sejuk kerana ia sangat terkenal dengan salji yang tebal dan berkualiti tinggi. Pemandangan musim sejuk di sana sangat memukau mata, serta pelbagai aktiviti musim sejuk boleh dilakukan adalah..
1. Asahiyama Zoo
Untuk pengetahuan korang, Asahiyama Zoo terletak di Asahikawa, untuk ke sini boleh naik kereta api atau bas dari stesen utama. Pelbagai jenis haiwan yang korang boleh tengok dekat zoo ni. Memang sangat sesuai untuk aktiviti keluarga dan yang paling min ‘excited’ nak tengok adalah Penguin Snow Walk Pavilion.
Dekat zoo ni, banyak lagi haiwan yang korang boleh tengok macam Burung Hantu, ‘Red Panda’, Beruang Kutub, Zirafah, Dugong, Serigala pun ada! Masuk pun takdelah mahal sangat, kira okay lah untuk experience zoo di tempat beriklim sejuk ni.
Tiket Masuk : ¥1,000 (RM44) untuk dewasa, percuma untuk kanak-kanak bawah 15
Waktu Operasi : 9:30-17:15 (masuk sehingga 16:00)
*Waktu boleh dipendekkan bergantung pada musim.
Tips : Nak senang boleh beli online siap2 sebelum datang
2. Tasik Kanyama – Memancing Ais di Tasik Beku
Untuk yang minat memancing, tasik ni memang sesuai lah buat korang. Bukan apa, sambil-sambil menikmati keindahan pemandangan di sini boleh juga kita memancing ikan Walleye dan terus boleh masak jugak. Satu pengalaman yang korang kena cuba tau!
Untuk pengalaman memancing di tasik ni, anggaran untuk sorang dalam ¥6,600 (RM192+), tapi dorang dah sediakan peralatan yang lengkap untuk korang memancing dan masak. Tak perlulah risau nak kena bawa dari hotel.
Selain itu, dekat sini bukan saja boleh mancing dan masak tapi memang sesuai untuk bergambar sebab view dekat sini cantik sangat. Kalau ada masa lebih, siap boleh lepak lagi dekat khemah yang dorang sediakan dekat sini.
3. Ningle Terrace – Kampung Kraftangan
Selain dari keindahan semulajadi, di kawasan New Furano Hotel, Ningle Terrace ada sebuah perkampungan kecil dekat sini. Di rumah-rumah kecil yang diperbuat dari kayu ini menjual pelbagai jenis kraftangan dan juga pameran seni oleh penduduk tempatan dan artisan terkenal mereka.
Selalunya kalau kita nak makan sushi pergi kedai memang dah tersedia, tapi kali ni dapat pengalaman buat sushi sendiri tau. Datang kedai ni dekat Otaru, Chef ‘expert’ ni akan ajar korang guna teknik yang betul buat sushi.
4. Machino Sushi (Otaru) – Pengalaman Buat Sushi Sendiri
Untuk korang yang suka makan sushi, time ni lah korang nak tahu macam mana sushi dibuat sebelum dihidangkan dekat kedai yang kita makan tu. Nanti confirm dah boleh buat sendiri!
5. Otaru Tenguyama Ropeway – Pemandangan Indah dari Bukit Otaru
Kepada peminat cerita ‘First Love’, dekat sini lah salah satu scene dorang berlakon. Sambil naik cable car boleh lihat pemandangan yang cantik dari atas.
Otaru Tenguyama Ropeway adalah cara terbaik untuk menikmati pemandangan indah. Laluan kereta kabel ke puncak gunung setinggi 532.4 meter itu mengambil masa kira-kira 4 minit.
Dari atas Gunung Tenguyama, anda boleh melihat pemandangan luar biasa bandar Otaru, Terusan Otaru, dan Laut Jepun.
Tak sabar nak pergi, apa korang kena buat dulu?
Sudah pasti lah korang kena cari jalan nak terbang ke sana kan. Dan pilihan terbaik korang sebenarnya adalah dengan menggunakan AirAsia X kerana ada pilihan penerbangan terus dari Kuala Lumpur (KUL) ke New Chitose Airport, Sapporo (CTS) untuk memudahkan perjalanan ke Hokkaido.
Benda mudah ada, kenapa nak susah kan. Air Asia ni satu-satunya syarikat penerbangan yang ada penerbangan terus dari KUL ke New Chitose. Dan disebabkan itulah, korang kena bersedia dengan dengan persaingan hebat dengan pelanggan lain kerana musim sejuk dari Disember 2024 hingga Mac 2025, tempat duduk yang boleh dibeli pasti penuh dengan cepat.
Merujuk kepada jadual penerbangan, AirAsia X terbang sebanyak empat kali seminggu dari KUL ke Hokkaido dari 1 Oktober 2024 sehingga 30 Mac 2025. Jadi korang nak tunggu apa lagi,
cepat buka kalendar, set tarikh, ajak kawan atau keluarga, terus beli tiket sekarang juga. Kalau tak, korang mungkin terlepas dengan keasyikan musim sejuk paling memukau di Hokkaido.
Jadi, kalau korang dah deal dan memang jadi nak ‘fly’ ke Hokkaido, korang perlu siapkan diri dan beberapa perkara.
Antaranya jangan lupa dengan pakaian musim sejuk yang tebal dan tahan angin, sebab ini adalah keperluan utama ketika ini. Bukan itu saja, ‘lotion’, pelindung matahari, ubat-ubatan yang lain juga perlu dipersiapkan dengan lebih awal.
Namun apa yang lebih penting, korang kena tempat tiket penerbangan secepat mungkin, terutamanya sekarang merupakan tempoh percutian puncak, bagi pastikan korang boleh menikmati harga paling ‘ngam’ dan tempat duduk yang tersedia.
Jadi kat mana nak dah ‘usha’ tiket, korang buka ja AirAsia portal atau apps dan cari Hokkaido, automatik akan keluar New Chitose Airport.