Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Lelaki 'single' dilarang masuk zoo
Gambar: AI

Sebab Lelaki ‘Single’ Dilarang Masuk Zoo “Ini”

Hannah

Sebab Lelaki ‘Single’ Dilarang Masuk Zoo “Ini”

Sebuah zoo di Wilayah Tochigi, timur Jepun yang dikenali sebagai “Healing Pavilion”, baru -baru ini telah menarik perhatian ramai.

Untuk info, zoo tersebut menawarkan pengalaman interaktif kepada pengunjung yang ingin memberi makan, membelai dan berinteraksi dengan haiwan.

Sejak mula beroperasi pada Mac tahun lalu, ia telah menarik ramai pengunjung, terutamanya keluarga dan pasangan yang ingin menikmati suasana santai bersama haiwan peliharaan.

Selain itu, zoo ini turut menyediakan taman anjing yang membolehkan pengunjung membawa haiwan peliharaan mereka sendiri.

Pengumuman mengejutkan pihak zoo

Pada 26 Januari lalu, pengarah zoo, Misa Mama, mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan larangan masuk kepada lelaki yang datang seorang diri.

Pengumuman itu dibuat menerusi media sosialnya dan disusuli dengan notis di pintu masuk zoo, menyatakan bahawa lelaki solo hanya dibenarkan masuk jika ditemani oleh ahli keluarga atau rakan.

Menurut Misa Mama, sejak zoo itu dibuka, kebanyakan pengunjungnya terdiri daripada keluarga dan pasangan.

Namun, terdapat lelaki yang datang bersendirian dan cuba mengganggu beliau serta pengunjung wanita lain.

Kebiasaannya, lelaki ‘single’ ini akan berbual secara berlebihan, menunjukkan kelakuan menggoda atau memberikan komen tidak wajar.

“Saya sering berasa sukar untuk menolak mereka secara terus kerana perlu menjaga kesopanan. Tetapi ini memberi tekanan yang besar kepada saya,” jelasnya.

Zoo untuk terapi, bukan tempat mencari jodoh

Misa Mama menegaskan bahawa Healing Pavilion bukanlah tempat untuk mencari pasangan atau berkenalan.

Sebaliknya, ia bertujuan untuk memberikan ketenangan kepada pengunjung melalui interaksi dengan haiwan.

“Peraturan ini bukan kerana saya bersikap sombong atau mempunyai tanggapan buruk terhadap lelaki.

“Tetapi, terlalu ramai yang datang dengan niat tidak baik, menyebabkan saya mengalami tekanan yang sangat besar,” katanya lagi.

Tambahnya, sebagai wanita yang menguruskan zoo seorang diri, beliau bimbang akan kemungkinan berlaku tindak balas daripada individu yang tidak berpuas hati.

Justeru, keputusan ini adalah langkah perlindungan untuk dirinya serta pengunjung lain.

Reaksi netizen

Pengumuman ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Ada yang menyokong tindakan Misa Mama, namun tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai diskriminasi terhadap lelaki.

Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman daripada pihak berkuasa tempatan mengenai sama ada dakwaan gangguan terhadap pemilik zoo dan pengunjung wanita akan disiasat.

Beberapa organisasi hak asasi jantina di Jepun turut diminta untuk memberikan komen, namun belum memberikan sebarang respons.

Sementara itu, isu ini terus mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Jepun, tetapi juga netizen antarabangsa, termasuk dari China.

Ramai yang mencadangkan agar pendekatan lebih seimbang diambil bagi melindungi pemilik zoo dan pengunjung tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak.

BACA: Rupanya Ini Maksud ‘Nombor’ Dalam Simbol Segi Tiga Pada Barangan Plastik

BACA: Ini Sebab Kenapa Hanya Negeri Melaka Yang Cuti Pada 20 Februari

BACA: Rupanya Ini Sebab Kenapa Mana-Mana Hospital Bau Sama

Sumber: SCMP