Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bakal Jadi Buruan Pengumpul Tegar, Pos Malaysia Lancar Setem Khas Pokémon

Athirah
Pos Malaysia Lancar Setem Pokémon
Kredit: Pos Malaysia Berhad

Bakal Jadi Buruan Pengumpul Tegar, Pos Malaysia Lancar Setem Pokémon

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) baru-baru ini mengumumkan pelancaran koleksi setem khas yang bertemakan siri animasi Jepun terkenal, Pokémon.

Menurut hantaran Pos Malaysia Berhad di Facebook, setem yang dijual turut mengetengahkan beberapa watak Pokemon popular iaitu Pikachu, Charizard, Koraidon dan lain-lain.

Difahamkan, set Pokemon Trading Card Game ini boleh didapati pada harga RM99, merangkumi sepuluh setem, empat poskad dan sebuah playmat.

Selain itu, set khas ini turut memiliki fail berbentuk “Pokeball”, sampul surat cenderahati dan juga Pokemon TCG “Fun Pack”.

Pos Malaysia lancar setem khas Pokémon, bakal jadi buruan pengumpul tegar

Menurut Pos Malaysia Berhad, para pelanggan boleh membuat pra-pembelian melalui laman web rasmi Pos Malaysia bermula 21 Februari sehingga 26 Mac 2025. Koleksi ini juga akan tersedia di Biro Filateli terpilih di seluruh negara, sementara stok masih ada.

BACA: RM10,000 & Tali Pinggang Bersalut Emas Menanti Juara Wilayah Pahlawan 2025

BACA: Remaja Lelaki Ditahan, Disyaki Cabul Kanak-kanak Perempuan Di Masjid

Tentang Pokémon

Pokémon atau singkatan kepada Pocket Monster merupakan franchais media popular yang berasal dari Jepun. Ia merujuk kepada makluk fiksyen yang boleh ditangkap, dilatih dan digunakan dalam pertarungan oleh pelatih Pokémon.

Terkenal di seluruh, Pokémon merupakan karya agung ciptaan Satoshi Tajiri dan pertama kali menemui peminat pada 1996 dalam versi permainan video.

Kemudian, siri animenya pula dilancarkan pada 1997 dengan mengetengahkan protagonis utama, Ash Ketchum bersama Pokémon bernama Pikachu.

Anime berkenaan memiliki lebih daripada 20 musim dengan lebih 1,000 episod selain beberapa filem turut diterbitkan.

Populariti anime tersebut menyaksikan Pokémon memiliki pengikut tegarnya sendiri dan pelbagai barang dagangannya menjadi buruan peminat di serata dunia.

Sumber: Pos Malaysia Berhad via Facebook