Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Rangka Manusia Jurujual Kereta
Gambar: Kompas.com

Hilang Sejak Januari 2024, Rangka Manusia Ditemui Dipercayai Milik Jurujual Kereta

Iqbal Yasir

Hilang Sejak Januari 2024, Rangka Manusia Ditemui Dipercayai Milik Jurujual Kereta

Misteri kehilangan seorang wanita, Feni Ere, 28, sejak setahun lalu terungkai apabila penemuan rangka manusia dipercayai miliknya di Kota Palopo, Sulawesi Selatan, petik detik.com.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Palopo, AKP Supriadi mengesahkan perkara itu selepas tengkorak wanita ditemui oleh dua penunggang motosikal yang berhenti untuk membuang air kecil di tepi jalan di tepi jalan KM 35, Kelurahan Battang Barat, Kecamatan Battang Barat, Palopo.

Menurut saksi, pada awalnya mereka melihat seekor ayam sedang memakan ulat di lokasi kejadian sekitar jam 2 petang waktu tempatan.

“Sewaktu membuang air kecil, kedua-dua saksi melihat seekor ayam hutan memakan ulat di atas tanah yang lembut. Mereka kemudian mendekati ayam tersebut,” kata Supriadi dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kelibat seekor ayam itu membawa mereka kepada penemuan tengkorak manusia.

Rangka Manusia Jurujual Kereta
Gambar: Kompas.com

Susulan itu, sepasukan forensik (Inafis) dari Polis Palopo telah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

“Kami mengesyaki bahawa mayat yang ditemukan adalah seorang wanita, berikutan terdapat kain yang dipercayai kain seluar melilit serta terikat pada bahagian mulut tengkorak,” katanya lagi.

Ujar Supriadi lagi, rangka berkenaan telah dibawa ke Hospital Daerah Rampoang Palopo untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Palopo, AKP Sayed Ahmad, mengesahkan bahawa pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 saksi berhubung kes kematian Feni Ere. Namun, beliau enggan mendedahkan identiti saksi kerana kes masih dalam siasatan pihak polis.

Kronologi kehilangan Feni Ere

Terdahulu, seorang jurujual kereta dilaporkan hilang sejak 27 Januari 2024, dipercayai telah dibunuh.

Kehilangan Feni disedari oleh ayahnya, Parman berkunjung ke rumah anak perempuannya itu dan mendapati pintu rumah berada dalam keadaan terkunci.

Ekoran berasa curiga, Parman telah memecah masuk pintu rumah dan tidak menemukan Feni, sebaliknya menemui kesan kesan darah di dalam bilik anaknya itu.

 Rangka Manusia Jurujual Kereta
Gambar: TikTok @makassar_brands – jogjapos.id

Pada 18 Julai 2024, kenderaan milik wanita itu ditemukan terbiar selama dua bulan di sebuah rumah kosong di Makassar.

Pada Jumaat lalu, rangka dipercayai milik mangsa ditemui di tepi jalan KM 35, Kelurahan Battang Barat, Kecamatan Battang Barat, Palopo.

Sumber: Detik.com, Kompas.com

BACA: Treler “Keluang Man” Buat Ramai Teruja

BACA: Disangka Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Usai ‘Ditidurkan’

BACA: Ini Sebab Kenapa Sut Angkasa Ada Warna Jingga Dan Putih