Bekas ADUN Kemasik Meninggal Dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali dilaporkan meninggal dunia, petang semalam.
Berita duka ini disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.
“Menerima perkhabaran duka pemergian sahabat saya, Datuk Abu Bakar Ali yang lebih mesra saya panggil Datuk Kor, mantan ADUN Kemasik, yang telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi.
“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, tetapi juga kepada rakyat yang telah menerima khidmat bakti Allahyarham selama ini.
“Saya berpeluang menziarahi beliau pada 20 Februari lalu dan kenangan itu akan sentiasa tersimpan kemas di ingatan. Saya ambil kesempatan untuk mengucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan semoga mereka diberi ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” tulis beliau, semalam.
Menurut Zahid Hamidi, jenazah Allahyarham telah berlepas dari KPJ Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam tadi dan dijangka tiba di kediamannya di Kerteh sekitar pukul 1 pagi.
Solat jenazah akan diadakan pada pukul 10.30 pagi ini di Masjid Tengku Mizan, Kerteh.
BACA: Gaza: Enam Bayi Baru Lahir Maut Akibat Cuaca Sejuk
BACA: Wanita Hilang Lebih 3 Bulan Ditemui Maut Dibunuh
BACA: Hilang Sejak Januari 2024, Rangka Manusia Ditemui Dipercayai Milik Jurujual Kereta
Sumber: Zahid Hamidi via Facebook